Nama Tempat : Bukit Gemilang

Tarikh : 31/10/2021

Setelah berbelas tahun, baru tahu ada bukit cantik berdekatan rumah mentua di Pinggiran Batu Caves. Treknya santai. Di bawah ni starting point, Jalan Gemilang 5. Melalui kawasan perumahan. Boleh park kereta di bahu jalan.

Jalan terus melalui laluan bertar. Pilih ke kiri arah pencawang untuk layan view dari atas atau ambil arah kanan untuk explore kawasan tanah merah, hiking dan aktiviti mandi sungai/berkelah.

Hati-hati melalui kawasan pencawang ni. Kita sedia maklum risiko berada di kawasan voltan elektrik tinggi ni 😅 Nak naik ke atas ni ambil masa 5-10minit saja.

Nak buat photoshoot pun cantik! haha

Kat sini bolehlah layan view sunrise/sunset. Lalang yang menghijau menaikkan mood untuk bergambar 😝 Kebetulan pula waktu kami naik tu cuaca baik. Cantik pula lalang hijau ni terkena pancaran matahari.

Kat atas ni tersedia kerusi kayu untuk berehat. Bolehlah lepak-lepak sementara tunggu matahari terbit/terbenam.

Turun dari kawasan pencawang ni, bolehlah ke simpang kanan menuju kawasan tanah merah. Kita akan lalu kawasan kebun. Jalan terus hingga nampak bukit merah ni.

Kebetulan pula baju pun warna merah hahaKawasan lapang. Panas lit lit!Nampak tak ada laluan atas bukit ni? Anda boleh naik laluan tu jika nak hiking. Penulis cadangkan, teruskan je melalui jalan bawah. Boleh mula hiking selepas jumpa kawasan sungai.Kawasan lapang ni banyak tanah lembut. Jika musim hujan tanah ni akan mendap. Elak berdiri di bahagian tebing. Berjalan kaki dalam 10minit kita akan sampai kawasan sungai di sebelah kanan.Tempat ni bersih dan terjaga. Mohon sama-sama jaga kebersihan tempat ni. Bawa pulang sampah anda.Kebetulan waktu kami sampai tu ada sekumpulan budak sedang mandi manda. Jika nak bawa family santai-santai kat sini pun bagus.Kami berhenti rehat dan menghayati bunyi deruan air yang menenangkan fikiran. Kemudian bergerak untuk hiking. Cari je marking tape pada pokok dan ikut laluan tu. Kawasan bukit ni redup dan biasalah nama pun masuk hutan, ada la nyamuk asyik mengekor. Jangan lupa bawa insect repellent! 😁Pendakian naik ni santai-santai dalam 20minit saja. Kat puncak tak de papan tanda nak bergambar 😝 Cuma dari celahan pokok tu bolehlah nampak pemandangan bandar. Nampak la KLCC sayup-sayup dari jauh dan Banjaran Titiwangsa.Itu sajalah pengalaman kami explore bukit ni. Hari minggu biasa ramai je naik ke sini. Buatlah apa-apa aktiviti. Sementara dapat pelepasan dari PKP ni 😅 Mereput sambil mengunyah makanan je tak boleh juga. Sesekali kena riadah. Barulah sihat mental fizikal ❤️

Terima kasih sudi singgah blog acik lin. Jumpa lagi 😁