Nama Tempat :

Hutan Paya Laut Matang

Tarikh :

 19/10/2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hutan Paya Laut Matang merupakan sebuah hutan simpan bakau yang terletak di Perak. Hutan Paya Laut Matang memiliki keluasan 101,877 hektar, dan mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.

Sejak melihat paya bakau di Hutan Paya Bakau Sijangkang, acik lin dan suami mula berminat untuk jungle trekking di kawasan hutan paya bakau. Ini kerana suasana di sana lebih tenang, damai dan jauh dari hiruk pikuk. Melihat akar-akar pokok menambah lagi rasa kagum pada ciptaan ilahi.

Masa yang ada di kampung, kami manfaatkan dengan program yang sesuai. Waktu pagi ibu ayah acik meniaga di pasar  pagi. Selepas singgah pasar, kami terus waze ke lokasi hutan ni. Tak jauh pun. Dari Kamunting sekitar 25minit sahaja.

Sedikit info mengenai Hutan Paya Laut Matang:

• Lebih kurang 15 km dari bandar Taiping
• Terletak di dalam Hutan Paya Laut Matang (Hutan Simpan)
• Harga tiket RM5 Dewasa RM2 Kanak kanak RM15 pelancong asing RM2 Parking kereta
• Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (dibuka setiap hari termasuk cuti umum)
Tiket Masuk dan bayaran parking
Kemudahan-kemudahan yang disediakan:
-Pentas dan dewan serbaguna
-Cafeteria
-Tapak khemah
-Tapak semaian (Penyelidikan)
-Boardwalk
-Papan maklumat
-Penginapan
-Pengangkutan bot pelancongan (Air)
-Surau
-Tempat letak kereta
-Tandas dan bilik mandi
-Bot river cruise dan pemandu pelancong
Terdapat banyak chalet disini. Harga sekitar RM120 ke atas per nite.
Waktu kami sampai tu baru lepas hujan. Matahari mula tembus di celahan pokok. Subhanallah. Cantik sangat
Kami ralit memerhati seorang lelaki berbangsa cina sedang tekun meneropong. Beliau buka audio kicauan burung. Kemungkinan untuk tujuan penyelidikan atau dokumentari. Hendak bertanya, risau pula menganggu 😅
Kami meneruskan perjalanan menyusur laluan kayu. Nampak kukuh dan lebih terjaga. Insyallah selamat untuk dipijak. Kawasan bersih dan tenang. Berbaloi rasa dapat datang ke sini.
Jika nak photoshoot pun cantik
Ketam comel. Habis zoom baru nampak
Laluan kayu ni sekitar 20minit saja tapi jadi lama tu sebab banyak berhenti untuk bergambar 🤭
Selepas pulang tu kami singgah makan di Mee Udang Mak Jah. Order sepinggan je sebab perut pun masih kenyang. Bungkus cucur kuah kacang dan sotong goreng tepung. Cucur tu memang sedap! Bolehlah cuba jika datang ke sini.
Ramai pengunjung. Waktu kami sampai tu geng bikers penuh meja 😊
RM15 sepinggan
Bungkus cucur RM5 dan sotong goreng tepung RM10
Itu sajalah perkongsian acik. Jumpa lagi di post akan datang. Terima kasih sudi singgah blog acik lin 😊