Nama Tempat : Bukit Intan

Ketinggian : 240M

Tarikh : 24/10/2021

Sumber Harian Metro,

Trolak: Panorama awan yang menarik sambil kawasan bukit dikelilingi ladang kelapa sawit dan hutan simpan menghijau menjadikan Bukit Intan, di sini, tular di media sosial dan menjadi tumpuan orang ramai. Bukit Intan terletak di Felda Trolak Timur kini menjadi salah satu lokasi untuk penduduk beriadah sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Penduduk, Seperi Anawari, 77, berkata, untuk sampai ke puncak bukit terbabit, pengunjung perlu berjalan kaki, menunggang motosikal atau menggunakan basikal bukit kerana jalannya tidak berturap.

Dah lama berhajat nak mendaki di Bukit Intan.  Dari rumah acik di Rawang lebih kurang sejam setengah. Untuk ke sini boleh google map je nama Bukit Intan. Nampak tanda arah ni tak jauh dah dari starting point.

Info dari penduduk di sini, hujung minggu ramai yang naik. Kami datang tu Ahad petang. Tak nampak pula kelibat orang. Kemungkinan ramai mendaki awal pagi. Tambahan sekarang musim hujan. Jika datang awal pagi, ada peluang lihat awan karpet.

Gambar starting point. Kami parking kereta di tepi jalan ni. Rumah warna oren tu kediaman pekerja ladang. Sempat kami bertegur sapa. Kebanyakan warga asing.

Laluan tanah merah pada mulanya agak santai. Melalui jambatan yang mempunyai aliran anak sungai. Lebih kurang 45 minit tu barulah mencanak sedikit. Kami ambil masa sejam untuk sampai ke puncak.

Sepanjang naik tu beberapa kali juga kami berselisih dengan pekebun. Ringan kan mulut bertanya. Mana lah tahu kita tersasar dari laluan nak ke puncak. Di sini banyak juga cabang jalan.

Sedikit tips, acik akan lihat laluan tanah merah. Jika masih banyak rumput (seperti jarang di pijak) acik yakin teruskan dengan laluan dengan jejak pendaki yang lebih jelas. Selain tu jeling-jeling tali di pokok.  Tali merah putih yang diikat pada pokok sebagai penanda laluan.

Alhamdulilah, sepanjang perjalanan tu cuaca baik. Nak dekat sampai puncak, cuaca mula panas. Kami berhenti rehat dalam 5minit. Lepaskan lelah. Kemudian teruskan pendakian.

Masyallah. Pemandangan cantik. Menghijau. Awan bertompok-tompok. Rezeki kami hari tu dapat lihat depan mata. Oleh kerana tak ada orang lain di puncak, mudahlah nak bergambar 🤭 Bukan apa, sejak berat dah naik ni kena pilih angle yang sesuai haha

Terdapat meja dan kerusi buluh di atas puncak ni.  Bolehlah lepak sekejap sambil layan view ❤️ Acik lin belanja view kat sini. Pasti akan buat kalian lebih teruja nak mendaki. Selain pemandangan yang memukau, signboard pun cantik!Alhamdulilah. Misi menawan Bukit Intan selesai. Terima kasih guide till jannah kerana sanggup menemani isteri mendaki 🤭 Insyallah, post akan datang acik share pengalaman mendaki di Bukit Gemilang, Gombak.

Terima kasih sudi singgah blog acik lin. Jumpa lagi!