Nama Tempat : Ban Pecah,
Tanjung Piandang
Tarikh : 16/10/2021
Sebaik diumumkan boleh merentas negeri, kami pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak. Dah lama tak bawa mak bonda jalan-jalan. Kebetulan bersembang dengan rakan sekolah lama, beliau cadangkan acik lin ke Ban Pecah, Tanjung Piandang.
Ban Pecah yang terletak di Tanjung Piandang ini merupakan salah satu destinasi popular bagi kaki pancing dan juga lokasi menarik jurugambar perkahwinan kerana pemandangan laut yang sangat cantik terutamanya sewaktu matahari terbenam.
Dari sumber google, tempat ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Pantai unik ini menerima ramai pengunjung hampir setiap hari. Menurut penduduk tempatan, kawasan tersebut merupakan kawasan penanaman sawah padi yang subur pada sekitar tahun 1960-an. Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Kisah ini tidak pernah dilupai oleh penduduk daerah tersebut dan daerah berdekatan seperti Bandar Baharu, Kedah dan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Antara individu yang masih mengingati cerita ini ialah Masjuri Anang, 82. Menurut Ishak, akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak. – Sumber info orangperak.com
Kami bergerak dari Kamunting dan mengambil masa sekitar 40minit untuk sampai ke destinasi. Di sini ada ruang untuk parking. Disebelah kiri video tu tempat parking.
Waktu kami sampai tu cuaca agak mendung. Mujur tidak hujan. Kami cari port yang sesuai dan bentang picnic mat sambil layan view laut. Ramai juga pengunjung. Terdapat deretan penjaja yang menjual makanan, minuman, pakaian yang diperbuat dari kain batik, kelengkapan mandian dan pelbagai lagi.
Adik bongsu beritahu ada ais krim kelapa yang nampak enak. Kami wakilkan dia beli 1 dulu. Fuh! memang enak! tambah lagi 4 set ais krim kelapa! Jika datang ke sini bolehlah cuba penangan ais krim kelapa. Rugi kalau tak cuba! Sumpah sedap haha. Oh ya! baby crab goreng pun sedap :p
Sekitar jam 6.30 petang kami bergerak pulang memandangkan langit mula gelap. Parking mula sesak. Mungkin ramai datang saat akhir untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Acik lin belanja gambar kami di sini ye. Mana tahu, lalu ke utara, bolehlah singgah ke sini.
Jika datang ke sini, bolehlah bergambar di signboard Ban Pecah. Kami tak sempat ke bahagian tu kerana bimbang cuaca dah mendung 😅 Jumpa lagi di post yang lain. Terima kasih sudi singgah blog acik lin.
