Nama Tempat :
AVANI SEPANG, GOLD COAST RESORT
Tarikh : 21/09/2021
Alhamdulilah. Akhirnya kami berjaya tebus voucher yang dibeli pada bulan Mac 2021. Ketika itu ada promosi dari Tourism Malaysia. Rakan facebook share info mengenai promo di Shopee.
Setiap user boleh tebus 1 promo utk 1 pax berharga RM100. Acik lin gunakan id sendiri dan suami untuk beli 2 pax voucher. Kami beli dari PTS Travel & Tours. Jadi untuk percutian kali ni kami hanya membayar RM200 sahaja.
2D1N Avani Sepang Goldcoast Resort 1PAX (MINIMUM PURCHASE 02PAX)
Promotional Voucher only RM100/person after minus RM100 off Min. Spend RM0 Shopee Voucher
π₯ Min. 2 vouchers = 1 Superior Room
β Included 01 night stay at Superior Room with 02 breakfast
π
Voucher Validity until 30th June 2021
π₯ No weekend surcharged – subject to room availability.
ββββββββββββββββ
γNormal RateγRM399 voucher (Superior Room)
γVia ShopeeγMust purchase 2 vouchers with different Shopee Account, you may enjoy RM200 discount.
Oleh kerana pandemik yang melanda, beberapa kali juga terpaksa tunda tarikh. Agensi ni pun bagus. Setiap pertanyaan, mereka layan dengan baik hinggalah urusan booking selesai.
Pada bulan September 2021, kami berjaya tempah tarikh pada hari biasa memandangkan weekend sentiasa penuh. Waktu check in tu ramai orang. Hampir sejam setengah en suami beratur untuk urusan check in. Acik lin bawa anak-anak pusing kawasan resort sementara menunggu urusan kaunter selesai.
Sempat bisik dengan staff kaunter, minta keluar lewat memandangkan check in pun lambat. Mereka bagi kelonggaran check out jam 2 petang.
Superior Room 1 katil queen, ruang pun luas. Bentang toto kat bawah pun boleh. Mujur kami dapat bilik di tingkat bawah. Tak perlu nak memanjat ke atas.
Boleh klik link ni untuk tahu lanjut mengenai bilik ni SUPERIOR ROOM
Kami kemudiannya lepak di bilik. Lepas asar bergerak ke kawasan kolam menaiki buggy. Kat sini kena ikut peraturan pemakaian baju renang.
Anak buah dah semangat dengan pakaian renang tapi baju anak-anak acik pula dah ketat sejak PKP π€ͺ Maka tak dapat la terjun kolam. Mujur diaorag okay je. Abah janji esok nak bawa mandi pantai. Kami layan sunset dan jalan-jalan sekitar kawasan resort. Masyallah cantik! Malam tu semua tidur nyenyak. Cuaca pun elok. Nyaman je rasa. Bangun pagi, acik dan suami pergi breakfast. Gunakan kupon free untuk 2 pax. Anak-anak kami dah tapaw breakfast. Makanan kat sini not bad. Kira okay la banyak pilihan menu.
Selepas breakfast, anak-anak bersiap nak layan pantai. Dari bilik tak sampai 5 minit berjalan kaki. Bilik kami tak jauh dari kaunter utama.
Air laut agak keruh. Anak-anak buat aktiviti bina kolam dari pasir. Kata mereka nak bina istana susah haha.
Terdapat pondok rehat di tepi pantai. Kat sini boleh buat aktiviti Extreme Park. Antaranya ATV, Archery, Paintball dan Go kart.Β Acik lin tak pasti caj yang dikenakan sebab tak ada plan nak buat aktiviti ni. Nak santai-santai tepi pantai je, layan view.
Sambil tu layan ais krim tepi pantai. Nahhh RM5 sebatang haha. Ais krim kayangan. Sekali sekala tak apalah. Lagipun abah yang bayar haha.
Selesai aktiviti pantai, kami bergerak ke bilik. Bersihkan diri dan pek barang. Check out dan singgah makan tengahari di warung. Pelbagai menu ada di sini. Bakso pelbagai jenis. Pertama kali tengok menu bakso beranak π. Terdapat juga menu lain seperti ayam penyet, nasi ayam dan pelbagai lauk pauk. Cuaca agak panas. Berpeluh-peluh kami duduk bawah bumbung. Mujur la makanan kat sini enak-enak.
Alhamdulilah. Short vacay berjalan lancar. Rajin-rajin survey pakej promo. Lebih berbaloi.
Berjumpa lagi di post yang lain. Terima kasih sudi singgah blog acik lin π
