Dah lama kami plan nak dapatkan khemah untuk aktiviti camping. Sebelum ni kami gunakan khemah kecil. Muat untuk 2 orang saja. Beli jenis murah. Bila hujan, tembus ke dalam khemah πŸ˜‚

Banyak juga jasa khemah ni. Acik lin pernah angkut waktu hiking. Bila camping santai, kami jadikan ruang anak-anak berehat.

Semalam sembang berkenaan camping. Tiba-tiba suami bagi cadangan cari khemah. Bagai bulan jatuh ke riba! Zasss acik lin survey jenis khemah dan harga. Fuhh! Berpeluh juga. Harga mantap-mantap belakaπŸ˜‚ Acik private message 2 penjual khemah preloved. Belum dapat jawapan.

Malam tu kami ke Decathlon KL & East, Kuala Lumpur. Baru lagi tempat ni. Cawangan sini tak berapa besar. Tak banyak display item. Kami belek-belek khemah yang ada. Message masuk. Penjual B offer khemah Quechua Arpenaz Family 4.1 dengan harga RM350. Katanya Condition 9/10. Tidak ada kerosakan.

Acik semak harga khemah ni di website RM599. Berbelah bahagi juga mana tahu buka-buka dapat khemah barai πŸ˜‚ Tapi jika tak bagus, takkan la seller begitu yakin beri 9/10.

Acik cuba nasib minta harga RM300. Lokasi penjual di Cheras. 25minit je dari Decathlon. Paling kurang, dengan harga tu, expectation kami pun tak la tinggi sangat πŸ˜‚

Sementara nego tu kami makan di Restoran Santan kat Kl East Mall ni. Dah lama tak makan nasi lemak Pak Naseer’s πŸ˜† Kali akhir waktu naik flight ke Philippines Februari 2020.

Encik suami order nasi basil. Not bad. Acik order nasi lemak ayam kukus. Rasanya sama cuma sambal sikit sangat 😭 Frust! Selesai makan, kami cadang nak pusing-pusing shopping mall. Message masuk. Penjual setuju jual harga RM300. Zasss kami ke Cheras, COD khemah.

Sampai rumah terus pasang. Teruja sangat πŸ˜‚ khemah ni besar! Boleh solat dan salin pakaian kat dalam. Bahagian ruang tengah tu besar juga. Ada partition untuk bilik yang boleh muatkan 4 orang dewasa. Memang berbaloi. Khemah dalam keadaan baik. Memang rezeki sungguh dapat khemah elok dengan separuh harga ni.

Jumaat ni 15hb Oktober, kami nak rentas negeri balik kampung. Acik lin dah tempah tapak khemah di Teluk Batik, Perak. Insyallah di post akan datang acik share pengalaman camping kat campsite ni.

Terima kasih sudi singgah blog acik lin ❀️