Nama Tempat : Bukit Scott
Tarikh : 16/10/2021
Sebaik diumumkan boleh rentas negeri, semangat nak pulang ke kampung tu berkobar-kobar. Kena tahan diri hingga 15/10/2021 sebab boleh sambung cuti Muharram.
Waktu pagi mama acik berniaga di pasar pagi. Jadi pagi tu bangun boring pulak jika tak buat aktiviti. Ajak adik bongsu dan suami naik bukit Scott. Tak jauh pun. Dari kamunting tak sampai 15minit.
Starting point belakang AEON Taiping. Bertentangan dengan kawasan pembinaan.




Trek pun jelas. Awal tu menaik sikit. Kemudian melalui kawasan bertangga. Pendakian santai, tak sampai 30minit.
Pit stop. Open view. Bolehlah layan bergambar kat sini 🤭
Selepas laluan tangga ni ada 2 laluan nak ke puncak. Kata pendaki di sini, laluan dengan anak panah merah tu agak mencanak.
Laluan mencanak. Kami ambil laluan terus hingga sampai pondok rehat



Kawasan di sini bersih dan terjaga. Waktu kami sampai, hanya ada 3 orang di puncak. Uncle berbangsa cina dan anak kecil mungkin cucu dia agaknya.
Beliau beritahu ada 2 laluan lain untuk ke puncak. Melalui kawasan perumahan, lebih jauh katanya.
Cuaca panas elok. Terasa damai berada di puncak. Oleh kerana tiada orang, maka puncak tu kami tawan dengan sepenuhnya 😂. Bergambar sakan. Tambah pula hiking dengan anak muda usia 21tahun ni. Macam-macam pose dan video dia nak buat. Haha layankan saja.
Oh ya. Ada bunga matahari yang cantik dipuncak. Rajin yang menanam bunga kat sini. Makin berseri puncak ❤️
Lepak di puncak sekitar 20minit. Kami turun sekitar jam 12.30 tengahari.
Orang Tapeng rugi sangat kalau tak naik bukit ni 🤭. Trek okay. Boleh la pecah peluh. Sesuai juga untuk beginner. Bawa anak-anak pun okay, trek santai-santai je.
Terima kasih sudi singgah blog acik lin. Jumpa lagi 😁
