Nama Tempat : Blue Lake

Tarikh : October 2021

Alhamdulilah hari ni mendaki bersama encik suami. Selesai dia buatย  kerja, kami menuju ke Cheras. Search lokasi BMC di google map dan menuju entrance Hulu Langat. Sampai sana, ada sebiji kereta berhenti untuk dapat kebenaran masuk. Malangnya guard tak bagi masuk dari entrance tu ๐Ÿคช

Kami berpatah balik ke arah Vista Cheras. Ambil arah jalan ke Persiaran Mahkota Cheras 1 hingga hujung jalan mati. Belok kiri. Banyak kereta park di kiri dan kanan jalan.

Anak panah tu starting point
Starting Point. Boleh park kereta area sini

Kami pergi ni weekend. Ok juga ramai yang naik. Tak la risau sesat jalan ๐Ÿ˜‚ย  Kebetulan tak ada guard jaga. Hooray!๐Ÿ˜†

Gambar bawah ni ada 2 laluan. Jika terus melalui laluan tar.ย  Kami ambil susur kiri. Jika nak terus pun boleh, tapi tak pasti laluan situ macam mana.

Kami meneruskan perjalanan hingga jumpa kawasan lapang dan batu merah ni.Marking jelas. Ikut je tanda arah pada pokok dan kertas yang dilekat pada daun (ada yang bantu buat penanda). Oh ya, hati-hati melangkah di laluan ni ada pagar duri.

Tak lama tu kami jumpa rimbunan pokok buluh. Gelap sikit kat sini. Gambar ni mujur guna flash. Terus nampak cerah. Awal tu trek mencanak sikit. Dalam 10minit lepas tu dah landai. Jumpa pondok tu maknanya tak jauh dah nakย  tengok view BMC.Alhamdulilah, akhirnya sampai ๐Ÿ˜ Ambil peluang selfie! Rentung sis kepanasan ๐ŸคฃWaktu kami sampai tu ramai juga kat atas. Kami berdua tak berani ambil risiko teroka tempat ni. Kita pun sedia maklum risiko berada dalam kawasan tapak kuari. Tambahan ni kawasan private land dan aktiviti kuari masih aktif. Kami ambil masa tak sampai 10minit untuk layan view dan bergambar.

Jika kalian hendak mendaki ke sini sebaiknya dalam kumpulan. Risiko di tahan atau kemalangan atas tanggungan sendiri (ceroboh kawasan) ๐Ÿ˜… Pada pendapat acik, cukup la sekadar datang untuk melihat keunikan ciptaan Allah. Tak perlu terlalu teruja nak pusing kawasan ni hingga membahayakan keselamatan diri.

Jumpa lagi di post yang lain. Moga bermanfaat ๐Ÿ˜„