Nama Tempat :
ARTE PLUS AMPANG
Tarikh : 10/09/2021
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 pada hari Rabu, 8 September 2021, bersetuju untuk membenarkan peralihan ke Fasa 2, bagi kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya berkuat kuasa 10 September 2021 (Jumaat).
Bila keluar je berita ni, encik suami whatsapp tanya nak pergi bercuti tak. Bagai bulan jatuh ke riba ð acik lin terus survey tempat untuk berehat dan mengikut budget yang diberikan ðĪŠ Acik pun masuk website Agoda dan buat tempahan bilik jenis Studio.
Kami check in sekitar jam 4.30 petang. Bila sampai parking kami pula ada kereta masuk ð Maka menapak la semula ke kaunter bawah untuk dapatkan parking lain.
Urusan tu saja hampir 30 minit. Biarlah orang pentingkan diri ni. Pusing-pusing tak senang juga urusan kerana menyulitkan orang lain. Waktu kami sampai tu memang kereta dia dah kena clamp.
Okay setelah selesai part tu, bab lift pula. Masyallah ð sekali lagi ujian. Private lift yang amat mengelirukan. Mungkin sebab orang luar kan. Kalau dah biasa tu tak de masalah la kan. Kat situ ada 3 tower dan setiap unit ada lift khas. Keluar je lift terus nampak pintu unit kita. Security tu dah bagus tapi kalau bawa budak-budak dan orang tua memang agak rumit. Nak berjalan dari parking pun boleh tahan juga haha. Menangis lemak ku ð Mujur semangat nak bercuti tu masih kuat haha.
Okayy buka je pintu….taraaaa! luas juga studio ni. Ada satu bilik. Ruang tamu, dapur dan ruang makan yang moden. Terubat ati hahaAcik kongsikan video keseluruhan ruang
Husband kemudian keluar tapaw nasi goreng. Lepas makan kami keluar bersiar-siar di sekitar hotel. Ini antara gambar yang acik dapat dari facebook.
Cantik kan ðĨ°. Maaf acik tak credit sumber gambar sebab tidak tahu pemilik asal gambar. Nampak banyak yang share picture yang sama untuk promosi dll.
Okayyy ni pula gambar kami sepanjang di sini. Kolam masih belum di buka. Beberapa facilities lain juga masih di tutup. Jadi layan bergambar sajalah hahaOkay itu sajalah perkongsian acik untuk penginapan di sini. Jika minta beri bintang acik bagi 5/10 sajalah hahaha. Studio ni okay cuma dari segi urusan dengan management tu leceh sikit. Tambah libatkan hal parking, dan lift canggih ðĪĢ Tak semua orang boleh sabar.
Insyallah 21hb ni ada trip ke Bagan Lalang. Nanti acik lin update kisah ke Avani Sepang, insyallah.
