Nama Bukit :

Bukit Matt, Rawang

Tarikh :

 17/09/2021

Hari Malaysia tahun ni acik mendaki dekat-dekat rumah je. Ini merupakan kali kedua acik lin dan suami mendaki Bukit Matt, Rawang ByPass.

Boleh rujuk entry di bawah untuk petunjuk ringkas jika hendak mendaki ke sini 👇 https://lindamasehat.com/2021/04/hiking-bukit-matt-rawang-selangor/

Waktu kami sampai, tidak banyak kenderaan. Mujur petang tu cuaca baik.

Kami parking kereta berdepan padang permainan.

Pendakian naik pace santai-santai dalam 30minit saja. Laluan awal kawasan bertar dan hanya selepas terowong, barulah kena memanjat batuan. Terdapat tali dipasang pihak tertentu untuk memudahkan pendaki naik. Terima kasih banyak. Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan mereka.

Di bahagian atas terowong tu ada sarang burung layang-layang. Hati-hati dan jangan khianat terhadap haiwan 😁 Bimbang tak sampai atas nanti hihi Mereka pun makhluk Allah.

Acik share gambar dan video pendakian sebelum sampai port view Bukit Matt.

Elakkan mendaki ketika waktu hujan. Batuan agak licin dan stamina kena bagus terutama nak berpaut pada tali tu.

Acik belanja gambar view kat atas pula. Ada yang dah pacak bendera Malaysia, Palestin dan bendara beberapa negeri. Signboard pun dah ada! 😁 Semangat!

Kami lepak sekitar 20 minit di puncak. Cadang nak layan sunset tapi cuaca dah mula mendung. Risau pula tiba-tiba hujan. Waktu kami turun tu, ramai pula pendaki naik. Mungkin nak layan sunset dari atas.

Itu sajalah cerita kali ni mengenai Bukit Matt. Sebelum mendaki, ambil kira risiko jika mendaki di sini kerana ia bukan kawasan yang dibenarkan untuk hiking atas faktor keselamatan (tepi highway) dan isu pencerobohan.

Jumpa lagi di post yang lain. Terima kasih sudi singgah blog acik lin 😊