Nama Tempat : Bukit 2 Ringgit
Tarikh : 5/08/2021
Lama juga acik lin tak update aktiviti hiking. Al-maklum PKP nak meredah sana sini terbatas.
Kebetulan hari Sabtu lepas husband free, jadi kami pun terus bersiap untuk hiking santai. Asalnya nak naik Bukit Matt, tak jauh dari rumah tapi hujan pulak tiba-tiba turun.
Kemudian kami bergerak ke Bukit Beruntung, cadang nak lepak makan je la jika hujan.
Alhamdulilah sebaik sampai sana, hujan dah seriat. Kami pun memanjat dalam 10minit je.
Layan sunset dan bergambar di batu besar. Cantik pula bendera Palestin ni kan 🙂
Santai-santai je. Dah lama tak memanjat kat sini. Terkejut juga ada rumah di bina sebelah bukit ni. Lagipun ni memang private land. Tak tahu la sampai bila masih boleh naik bukit ni.
Lepas hiking apa lagi, top up semula kalori 🤫. Singgah makan kat Salam Sentosa. Nescafe tarik kaw dan roti paduuu!
Jumpa lagi di post yang lain. Jika lalu Rawang wajib singgah mendaki kat sini. Waze je nama Bukit Dua Ringgit. Insyallah jumpa 😁
