Sebelum ni acik pernah ceritakan kisah kami bela kucing tanpa di rancang 😅

Mulanya kesihatan mereka okay saja. Hinggalah lepas Raya Haji, keadaaan anak bulus nampak makin teruk. Kurap mula berkeping-keping. Kami dah cuba ubat sapu, beli online. Pada mulanya kurap tu hilang. Ibu meow belum sembuh sepenuhnya.  Kerap pula dia menjilat anak bulus. Tak lama tu kurap naik semula 😭

Anak bulus Teddy dah nampak lemah hinggalah malam 12/8/2021 dia tinggalkan kami semua. Anak-anak acik sebak. Kak Sheena dah menangis tersedu-sedu. Inilah risiko membela haiwan. Tercalar emosi 😓 Bertabahlah.

Berehatlah sayang….nanti cari kami naaa….🥺
Suasana suram…semua sebak…

Pada 17/8/2021, dapat slot temujanji di Iman Veterinary and Surgery, Rawang. Sebelum ni bila acik call sentiasa penuh.

Klinik ni ok. Doktor pun ramah. Acik whatsapp Diana Cat Studio mengenai klinik yang bagus area Rawang. Atas cadangan beliau kami bawa anak bulus, si Celoreng dan ibunya, Comot ke sini.

Menunggu dalam 10minit, doktor periksa meow. Anak bulus diberi injection. Lepas 2 minggu kena datang semula untuk lihat perkembangan. Doktor berikan juga vitamin dalam bentuk cecair.

Ibu meow pula diberi ubat kutu. Rupanya dalam mulut Comot ada ulser. Mujurlah kami memang beri dia makan wetfood je. Kalau tak lagi lah kesian 😓 Kita naik ulser kecik pun dah sakit, inikan pula ulser besar dalam mulut. Kata doktor disebabkan jangkitan pada air liur tu, bulu comot tak berapa sihat. Sebab dia menjilat tu beri kesan pada bulu.

Doktor pesan jangan mandikan dalam tempoh seminggu – 2minggu. Kena asingkan dalam sangkar, sebab kutu tu akan luruh.

Ibu meow diberi ubat dalam bentuk pil. Kami pun buka YouTube cara nak ni bagi meow makan ubat. Allahu. Seksa juga. Sampai sudah tak berjaya. Akhirnya kami tumbuk halus dan masukkan dalam makanan Comot.

Pengalaman baru kerana pertama kali masuk klinik haiwan 😅 Moga Comot dan Celoreng makin sihat. Inilah saja ikhtiar kami.

Nanti ada kelapangan acik lin update perkembangan mereka selepas dapatkan rawatan ni. Jumpa lagi di post yang lain. Terima kasih sudi singgah blog acik lin.