Awal tahun 2021 ni kami terima kedatangan banyak kucing yang dilepaskan tuan. Ada seekor kucing tompok ni setia menanti depan rumah. Kadang kesian bagi makan. Tapi dia tak makan makanan lain kecuali wet food atau whiskies 😂bukan main demand.
Tapi sebab nampak sedang sarat bawa perut, jadi tak sampai hati nak halau. Kami belikan makanan dan entah macam mana selepas beberapa bulan terdetik nak belikan rumah meow.
Waktu ni kami letak di luar je. Acik lin tak pernah ada pengalaman bela kucing. Jadi memang tak pernah terfikir la nak jaga kucing apatah lagi ajak melepak sekali dalam rumah. Bawah ni gambar meow lepas beranak. Kami namakan Comot. Kesian dia waktu ni. Nampak bingung huhu
Comot beranak 4 ekor anak. Comel-comel. Tapi sayangnya semua mati. Kami tak sampai hati pula tengok keadaan dia. Jadi selepas beberapa minggu tu kami bawa untuk grooming kat Diana Studio, Rawang. Buat basic grooming 😍
Ni anak comot. Baka besar. Bapaknya kemungkinan kucing parsi yang selalu melepak area rumah acik ni. Apakan daya umur anak meow ni tak panjang.
Nak dijadikan cerita 3 bulan kemudian si Comot beranak lagi 😂 Sebelum tu dah perasan lain macam perut si Comot. Atas sebab bunting ni kami tetap belanja meow makan macam biasa. Hinggalah dah dapat baby tu, suami risau kucing jantan banyak lalu lalang. Acik pun susah hati dengar. Kami kosongkan 1 bilik khas untuk meow.
Daripada 5 ekor anak, hanya 2 ekor yang hidup. Kami namakan Celoreng dan Teddy.
Waktu ni Comot dah sihat. Alhamdulilah. Muka garang sungguh haha. Muka ketat. Macam tuan dia jugak haha
Kat bawah ni baby Celoreng. Alhamdulilah dah 3 minggu. Sihat dan demok.
2 beradik ni peneman kami di saat PKP ni. Ada juga la aktiviti harian. Anak-anak pun happy dan macam tak percaya mama dah jadi pencinta meow haha
Benarnya hati ni terusik dengan kesabaran Si Comot. Dari dulu dia duduk luar rumah, sabar menanti kami keluar dan masuk. Kata anak, untung kau Comot. Berkat sabar comot akhirnya berjaya duduk dalam rumah, siap boleh lepak kat ruang tamu. Acik pun tampar pipi macam tak percaya haha. Itulah kuasa Allah kan. Hati kita Allah pegang. Dari tak berani pegang meow, sekarang dah berani usap manja hihi. Sayang sungguh kat meow ❤️
Tadi hantar comot grooming. Dah cantik bulu comot. Nampak segar. Alhamdulilah. Jika nak dapatkan khidmat grooming ni acik cadangkan Diana Cat Studio ni. Owner dia baik sangat. Lembut je handle meow.
Insyallah, selagi ada hayat kami dan meow ni, kami akan jaga sebaiknya. Nikmat sayang binatang ni. Kita ikhlas tak mengharapkan apa-apa. Mana tahu asbab permudahkan kehidupan makhluk lain, banyak urusan kita dipermudahkan Allah. Terima kasih sudi singgah blog acik lin. Jumpa lagi 🙂
