Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji / Korban pada tarikh 20 Julai 2021 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1442 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2021M – 1442H bagi negara ini.
Tahun ini kebanyakan negeri dalam Malaysia masih di bawah kawalan PKP. Maka tahun ini masih dalam norma baru, beraya di rumah masing-masing. Apapun syukur insyallah jita masih boleh video call ahli keluarga untuk mengucapkan ucapan selamat hari raya.
Sama-sama kita berdoa covid ni cepat berlalu dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Aamiin ya rabb.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog acik lin. Jom sama-sama hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Moga jadi asbab bertambah keimanan kita pada pencipta.
