Nama Tempat :
THE KABIN, JERAM
Tarikh : 06/07/2019
Lari seketika dari sibuk ibu kota. The Kabin, penginapan dalam kontena dengan dekorasi Moden.
Terletak di Jeram daerah Kuala Selangor. Boleh waze je lokasi tempat ni. Suasana kampung yang aman dan tenang. Bangun pagi je dengar bunyi kicauan burung. Tempat ni tak jauh dari tempat tinggal kami. Dari Rawang masuk ke latar highway tu lebih kurang sejam lebih sahaja.

Trip ni kira pengubat jiwa kerana terpaksa batalkan misi ke Gunung Semeru & Bromo Indonesia atas faktor kesihatan. Sempat ucap kata semangat buat sahabat sependakian yang meneruskan misi ni. Apapun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya 🙂 Rezeki nak bercuti dengan keluarga.

Inilah kabin pilihan kami. Jenis 4 bunk bed (4 pax ). Katil 2 tingkat, muat la untuk kami 5 beranak. Dak Teha kecik je, selit tepi mama. Bilangan pax yang dicadangkan, sila follow. Ruang setiap kabin agak terhad. Jadi nak selesa, jangan masuk ramai-ramai 


Ruang selorong begini sajalah. Lengkap dengan aircond.

Terdapat ruang lepak di bahagian luar kabin. Boleh la santai-santai minum petang kat situ.


Facilities pun bagus. Terdapat kolam untuk dewasa dan kanak-kanak. Playground, multipurpose court, tempat bbq, karaoke, cafe dan dewan seminar. Kebetulan hari kami menginap tu tak ramai orang. Seronok berendam. Privacy dan tenang.


Suasana kat sekeliling kabin ni bersih. Banyak ruang untuk riadah. Anak-anak pun happy. Nak datang lagi katanya.





Selain tu, boleh juga buat aktiviti pantai (100m je dari The Kabin). Basikal boleh sewa di kaunter. Kami ajak abah berbasikal, dan-dan la dia buat lena haha.

Kondisi basikal tidak memuaskan. Brek tak berapa makan, tayar tak cukup angin dan nak mengayuh tu pun seksa, aduhhhh! letak la minyak rantai basikal tu :p Pekerja di sana bantu pam tayar basikal.

Kaunter reception sebelah kanan. Laluan hujung tu boleh tembus pantai.

Sampai sini, ada pula anjing liar berkeliaran haha. Budak bandar kayuh basikal memang huru hara sikit la hihi. Tambahan pula kondisi basikal yang kurang memuaskan. Masa ni la mama gunakan skill memujuk.
“Kalau kita takut, anjing akan tahu dari bau peluh kita. Jadi buat biasa je, kayuh macam biasa”
 Budak berdua tu angguk-angguk, alhamdulilah suasana terkawal :p Lepas pulangkan basikal, laju je acik lin hantar complaint. Bukan apa, untuk penambaikan di masa hadapan. Kesian kalau pengunjung lain pun kena lalui pengalaman yang sama.

Balik dari pantai tu kami makan di cafe dalam kawasan kabin. Makanannya boleh tahan. Sedap.


Di bawah ni template acik lin dapat dari kaunter. Boleh bayangkan berapa luas kawasan ni, faclities dan harga untuk setiap jenis kabin.



Seterusnya aktiviti malam, dinner di Restoran Aroma Ikan Bakar. Tak jauh dari kabin ni. Kami dan biasa makan di sini jadi memang dah maklum kena tunggu lama. Bertabahlah. Dekat sejam baru makanan sampai hihi

Layan sunset. Part ni acik paling suka. Syahduuuu….Tenang. 

Itu sajalah kisah kami di Jeram Kuala Selangor. Bolehlah cuba datang ke sini. Insyallah berbaloi. Terima kasih sudi baca blog acik lin. Jumpa lagi 🙂
