Nama Tempat :

Premium Water Chalet, Lexis Port Dickson

Tarikh : 06/04/2019

Pada 2019, kami bawa mak dan abah bercuti ke Port Dickson. Voucher ni kami beli sewaktu Matta Fair di PWTC. Harga bilik ni sekitar RM430-460.

Kami check in sekitar jam 4.15 petang. Lama juga menunggu kerana bilik belum ready. Oleh kerana lewat masuk, mereka beri extra time waktu nak check out nanti.

#

Oleh kerana bilik agak jauh, pengunjung boleh menaiki buggy car. Nak keluar boleh call je kaunter, nanti buggy datang jemput.

Acik lin belanja gambar dalam bilik ni. Cantik. 2 katil dan ada bathtub. Budak-budak seronok nak berkubang. Ada cermin di lantai. Anak-anak boleh lihat air laut dari bahagian cermin.

Bahagian luar disediakan kerusi malas. Bolehlah lepak sambil layan view air laut. Mentua tak lepaskan peluang untuk memancing. Siap bawa pancing dari rumah tu hihi

Anak-anak mandi di kolam luar memandangkan bilik kami pilih ni tanpa kolam. Waktu mandi ni kami tak bawa hp. Acik lin share gambar kolam dari sumber google.

Petang tu kami jalan-jalan sekitar kawasan chalet. Ambil angin petang.

Lepas maghrib, kami keluar jalan-jalan sekitar bandar PD dan makan malam. Terlupa pula nama tempat makan ni haha. Kami makan goreng-goreng je. Masakan panas.

 

Keesokan harinya kami chek out dan singgah makan di warung salai, PD. Sedap masakan kat sini. Memang merecik! wajib datang! 🙂

Sebelum bertolak balik KL, berkelah tepi pantai. Menikmati angin laut. Santai-santai je makan kuih. Husband tapaw sebelum ke sini.

Jika sahabat ingin dapatkan detail bilik, harga dan floor plan di Premium Water Chalet ni, klik je kat sini >> PREMIUM WATER CHALET

Jumpa lagi di post yang lain 🙂 Terima kasih sudi singgah blog acik lin.