Alhamdulilah. Hari ni 29hb Julai genap usia acik lin 41 tahun.
Rasa masa sangat pantas berlalu. Moga acik dapat manfaatkan usia yang diberi untuk terus berkongsi kebaikan dengan masyarakat, agama dan bangsa. Moga acik dapat memberi bakti kepada kedua ibubapa selagi hayat ada.
Oleh kerana pandemik yang masih melanda, kami sambut di rumah sahaja. En suami raikan dengan kudapan yang manis-manis 🤠untuk isteri dan anak-anak.
Alhamdulilah. Syukur atas segala nikmat. Moga cepatlah wabak covid berlalu dan kita kembali jalani kehidupan yang normal insyallah 🤲
