GUA KERBAU
Tarikh : 23/02/2019
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas,
Gua Kerbau, Kedah merupakan guabatu kapur, terletak di Kodiang,Jitra 50 km dari bandar raya Alor Setar. Terdapat sebuah batu besar yang menyerupai kerbau itu turut kaya dengan pelbagai informasi sejarah.
Terdapat beberapa anak tangga dan sebaik sahaja memasuki gua tersebut, suasananya yang gelap dan dingin akan mula dirasai. Di dalamnya banyak tahi burung kelawar yang bersarang di stalagtit dan stalagmit.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Zainol Husin menyatakan bahawa bukit batu kapur itu membentuk ‘topografi mogot’ di kawasan yang dikelilingi oleh enapan aluvium. Warna batunya cerah kelabu. Topografi di bahagian utara merupakan tebing yang lebih landai.
Gua Kerbau ini dianggarkan terbentuk sejak 200 hingga 300 juta tahun lalu. Penemuan alat-alat batu zaman neolitik di dalamnya membukti ada masyarakat purba pernah tinggal di sini buat beberapa lama.Tembikar berkaki tiga yang mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tungku Lembu, Perlis dan di Bankao, Thailand juga ditemui.
Terdapat dua versi cerita mengenai kewujudan Gua Kerbau iaitu ada sesetengah penduduk mempercayai bahawa Gua ini terbentuk hasil daripada sumpahan daripada Sang Kelembai. Atas faktor apa ianya disumpah tidak dapat dipastikan lagi.
Ada juga sesetengah penduduk mengatakan bahawa asal usul nama Gua Kerbau diambil sempena satu peristiwa acara laga kerbau di sebuah padang di Kampung Kodiang Lama. Salah seekor kerbau telah kalah dan melarikan diri ke dalam gua tersebut.
Lawatan ke Gua Kerbau ni termasuk dalam itinerary sewaktu misi BUKIT MOK CUN
dan PUNCAK WANG GUNUNG
Trip ni tahun 2019 tapi sejak PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan DIPERKETATKAN) di Selangor ni, maka gigih la acik lin update gambar dan kisah sewaktu mengunjungi Gua Kerbau ni 🙂 Moga-moga bermanfaat untuk pembaca sekalian.
Kami diberi taklimat ringkas sebelum masuk dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Ini bagi mengelakkan kesesakan sewaktu meneroka di dalam gua. Masing-masing bersedia dengan headlamp. Gementar pula nak masuk gua. Padahal ia bukanlah gua yang terlalu adventures. Santai-santai saja lihat batu kapur. Mungkin sebab kali pertama lalui pengalaman begini.
Gambar di bahagian luar gua bersama team yang menyertai trip ni.
Acik Gambar di dalam gua. Tak banyak gambar memandangkan kelawar asyik berterbangan. Bila tengok hasil gambar yang di ambil, mula lah rasa kisah mistik bakal muncul hahaha. Mainan perasaan je tu hihi
Kami menghabiskan masa sekitar 15minit untuk meneroka gua dan bergambar. Entah kenapa rasa sesak pula bila lama dalam tu. Mungkin kerana bau tahi kelawar agak kuat disebabkan kelembapan di dalam gua.
Oh ya di depan Gua ni ada gerai makan. Bolehlah lepak sambil layan view sungai kat depan gerai 🙂 Support bisnes masyarakat tempatan.
Alhamdulilah, ia satu pengalaman baru buat acik lin. Jika dah sampai area Kodiang ni, singgah la ke sini. Gua ni pun salah satu tanda kebesaran ciptaan Ilahi. Moga asbab melihat depan mata ni semakin bertambah keimanan kita.
Jumpa lagi di post yang lain. Terima kasih sudi singgah blog acik lin.
