ZAMAN PANDEMIK & KERJA

PANDEMIK COVID-19 memberi tamparan hebat kepada ekonomi dunia dengan Malaysia tidak terkecuali daripada ancaman wabak ini.

Isu pekerjaan menjadi kritikal kerana banyak syarikat terpaksa gulung tikar, dengan hanya beberapa sektor terpilih dibenar beroperasi pada tahap minimum dalam tempoh ini.

Kebanyakan syarikat perniagaan gagal bertahan dan mereka tiada banyak pilihan, selain menutup operasi. Ini mengakibatkan kadar pengangguran meningkat.

Ini menyebabkan ramai diberhentikan bagi mengurangkan kos perniagaan kerana banyak syarikat tidak lagi mampu membayar gaji pekerja, walaupun terdapat pelbagai insentif bantuan diperkenal kerajaan. Selanjutnya boleh klik PANDEMIK TINGKAT PENGANGGURAN GRADUAN

Apabila tamat belajar, jangan siakan masa hanya duduk di rumah. Pelajar lepasan universiti tak kiralah dulu anda belajar bidang apa sekalipun, cuba dulu cari apa-apa pengalaman dan cari pekerjaan sampingan. Jangan tunggu nak dapat kerja impian kita, yang tepat dengan citarasa kita dan sama apa yang kita belajar semasa di Universiti.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, jangan terlalu memilih pekerjaan. Buat dulu apa-apa pekerjaan yang ada. Jangan asyik mengeluh dan mencipta alasan. Era 2021 ni, ada pelbagai medium marketing yang boleh digunakan. Tiktok, Youtube, Facebook, Instagram dan banyak lagi. Hanya tinggal mencuba, atas rezeki mungkin salah satu akan menjadi tapak kita bermula hingga berjaya.

Tak perlu hirau apa orang nak kata, semua benda orang boleh bercakap itu dan ini, yang nak hidup adalah kita. Jangan sempitkan mindset kita dengan fikir “Apa orang kata nanti”. Jika orang nak kata, katalah, kita bukan dapat apa pun, pekak kan telinga, kita  teruskan apa pekerjaan yang kita buat.

Saya bangga bila anak muda rajin cari duit poket. Buat pelbagai kerja untuk cari sumber pendapatan yang halal. Musim ni semua orang struggle untuk meneruskan kehidupan. Teruskan dengan semangat. Jangan putus ada. Atur kewangan sebaiknya. Jangan lupa bahagian untuk ibuayah. Kunci keberkatan hidup.

Saya doakan kita semua dipermudahkan urusan sepanjang ujian pandemik ini. Selesaikan yang penting dahulu. Tabung kecemasan harus sentiasa di isi. Jika sudah penuh barulah cabangkan simpanan ke dalam bentuk emas dan lain-lain simpanan.

Jangan mengalah. Terus berjuang.

Nurdzulmaslinda Masehat

Berkongsi ilmu emas dan kehidupan