Bila orang tanya. Betul ke emas nie magnet tarik duit?
Ya sudah tentu. Ada 2 cara emas boleh jadi magnet duit.
Pertama sekali adalah dengan cara kenaikan harga emas. Sebagai contoh, 2 tahun lepas dalam bulan Jun 2019 harga emas adalah RM202 segram.
Jika anda letak 5 gram emas dalam wallet, nilai 5 gram ketika itu = RM1010.
Bulan Jun tahun 2021, berat emas tetap 5 gram tetapi harga 1 gram dah RM265. Maksudnya nilai 5 gram sekarang = RM1325 (harga 24 Julai 2021)
Dia dah tarik duit sebanyak RM315. Nampak?
Cara kedua. Aura EMAS.
Allah SWT meletakkan perasaan semulajadi manusia suka kepada emas dan perak.
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;….. (Al-Quran, Surah Ali Imran ayat 14).
Apabila anda start simpan emas, aura emas menyebabkan anda suka untuk tambah.. tambah… dan tambah emas.
Hanya orang yang simpan emas tahu perasaan ini. Orang yang tak simpan emas memang susah nak faham melainkan anda cuba try.
Nanti baru faham apa yang saya cakap.
Kesimpulan. YA emas itu magnet tarik duit (kekayaan).
Kredit #NotaEmasSyukorHashim
