Pernah tak kalian rasa boring dengan hiasan dinding lama? atau mungkin ada barangan yang dah lama tak digunakan, tersimpan je dalam stor. Sejak PKP 3.0 ni, rajin pula kami geladah barang lama. Terjumpa la magnetic board IKEA waktu tinggal di Batu Caves dulu. Tak silap acik lin beli tahun 2010/2011. Dah lama tapi masih tersimpan elok. Acik lin lupa pula nak snap gambar haha. Ni contoh gambar dari google. Dulu kami gunakan magnetic board ni kat dapur. Letak bekas rempah (ada magnet kat belakang bekas)

2021 ni kebanyakan penghuni menghias rumah menggunakan pokok hiasan artificial seperti pokok pisang, skybird, montera dan lain-lain. Kami beli beberapa tangkai pokok monstera, niat nak gubah tapi akhirnya letak dalam pasu lama. Tak berapa menarik. Bertahun juga monstera tu dalam pasu dan tiba-tiba datang idea nak dekorasi pokok tu dan tampal pada permukaan magnetic board.

Ikutkan boleh juga guna bahan lain untuk tapak tu tapi kami nak manfaatkan barang sedia ada. Magnetic board tu anak-anak tak minat nak guna. Kami gunakan white sticker dan black sticker untuk mereka menulis dan menampal nota.

Cuba susun. Macam penuh sangat pula. Jadi kami decide gunakan 3 helai daun berserta tangkai.

Kemudian, suami acik lin beli spray warna gold kat kedai DIY. Sebotol tu RM5 je. Mula-mula spray tu nampak warna gold tu macam pelik. Rupanya kena tunggu dalam 10-15 minit baru warnanya bertukar keemasan.

Menunggu daun-daun hijau bertukar keemasan 🙂

Taraaa! cantik kan warna gold ni. Selepas proses pengeringan, bolehlah sambung kerja menampal pada permukaan magnetic board tadi. Guna double sided tape je. Tahun 2021 ni kebanyakan dekorasi dinding menggunakan besi dan elemen daun emas. Nak beli pun harga boleh tahan hihi Jadi ini salah satu alternatif untuk memberi nafas baru pada dinding ruang tamu kami 🙂

Alhamdulilah, inilah hasil selepas di lekatkan pada dinding. Ruang berubah ceria dan menimbulkan mood baru 🙂

Di harap perkongsian ini memberi inspirasi dan idea kepada pembaca untuk manfaatkan bahan-bahan yang ada di rumah. Cubalah, pasti ada barang lama yang boleh di manfaatkan semula. Terima kasih sudi singgah blog acik lin 🙂