Sejak PKPD ni acik lin perlu luangkan masa untuk terapi dengan aktiviti santai di rumah. Kebetulan tengok tiktok ada video perkongsian mengenai cara menghias bekas untuk dijadikan tempat simpanan roti🍞.

Kebetulan kedai ecoshop dekat je dengan rumah. Alhamdulilah dapat la 3 bekas bercorak ni. Ni je yang tinggal πŸ˜…

Bahan yang diperlukan, plastik roti, plastik lut sinar (pilihan), gunting, pisau dan gam dan saletip.

Potong bahagian bawah dan gunting logo untuk di tampal pada bahagian atas penutup. Boleh gunakan gam atau saletip untuk bahagian ni. Rujuk gambar di bawah.

Bahagian badan pula, terbalik kan bekas dan sarungkan dari bahagian bawah. Tarik hingga hujung bekas.

Kemudian kemaskan bahagian atas dan bawah. Jika nak bekas ni melekat cantik, boleh gunakan hair dryer atau wrap dengan plastik lut sinar agar permukaan bekas lebih kemas dan tahan. Jika tak nak balut pun tak apa.

Bahagian atas bekas ni terpulang pada kita, nak kemaskan hingga bahagian lekuk tu atau nak biarkan plastik tu masuk ke belah dalam bekas. Mana-mana cara pun boleh.

Pendapat acik lin, potong seperti gambar di bawah ni mungkin nampak lebih kemas.

Untuk bekas pertama, acik lin nak bahagian jalur tu lebih menonjol, jadi acik lin buang banyak bahagian bawah plastik roti.

Alhamdulilah siap 1 bekas. 1 bekas lagi suami design corak lain sikit. Bahagian penutup pun dia ubah cara tampal bagi ada kelainan 🀭 Bekas kedua ni kami tak wrap bahagian luar.

Oh ya, untuk mudahkan pantau due date roti, boleh selit je bawah plastik di bahagian penutup tu atau kalau rajin saletip terus pada bahagian atas penutup.

Itu sajalah perkongsian kali ni. Terima kasih sudi singgah blog acik lin πŸ™‚ Moga bermanfaat.