TELAGA/PERIGI TUJUH SERENDAH
Tarikh : 12/06/2021
Musim PKP ni mereput je kat rumah. Balik kerja, en suami ajak cari makanan area Serendah. Tak jauh dari rumah kami sekitar 10-15minit menaiki kereta.
Pintu masuk ke Telaga Tujuh. Waze je tempat ni
Waktu kami tiba, ramai pengunjung buat aktiviti riadah di sini. Ada yang jogging dan berbasikal.
Ni laluan masuk. Jalan bertar. Kami menyusur jalan ni. Tak sampai 2minit dah sampai telaga.
Gerbang masuk ke Telaga Tujuh Serendah.
Tujuh perigi yang mengalirkan air ke bawah tanah
Acik lin tumpang bergambar. Kena pakai mask kalau tak bayar saman hihi
Gambar perigi acik zoom agar lebih jelas.
Dipetik dari portal Libur, selepas waktu hujan, jumlah air akan menjadi banyak dan tujuh perigi ini akan memainkan peranannya. Pada hari biasa, hanya 1-2 perigi sahaja yang akan dilalui air. Tetapi apabila air banyak, semua telaga akan menyalurkan air keluar.
Perigi ini sebenarnya berfungsi sebagai saliran yang menyalurkan air keluar melalui lorong pintu dan terus ke kolam takungan. Namun begitu, kolam ini dilarang untuk mandi kerana risau dikhuatiri lemas.
Gambar atas ni dari sumber google. Acik lin lupa nak snap gambar hihi
Kolam takungan air
Di bahagian belakang ni ada kawasan jalan bertar. Acik nampak ada orang jogging dan memancing. Oleh kerana dah lewat petang tak dapat nak explore kawasan belakang tu.
Dari info, Perigi Tujuh Serendah Tersenarai Dalam Senarai Inventori Jabatan Warisan Negara Untuk Diangkat Status Sebagai Tapak Warisan >> KLIK SINI
Jika ke sini jangan lupa lajak ke Air terjun Serendah. Acik ada kongsikan kisah ke Air Terjun ni >> KLIK SINI
Jangan lupa singgah ke sini jika dah sampai area Serendah 🙂 Jumpa lagi!
