TAHUKAH ANDA SAIZ SYILING EMAS PALING BESAR DIDUNIA?
Bila sebut perkataan “syiling emas”, mesti ramai terbayang ianya bersaiz kecil dan boleh disimpan didalam poket. Namun tahukah anda terdapat syiling emas yang sangat besar seberat 1 tan dan pastinya ia tidak boleh disimpan didalam poket dengan mudah!
Inilah syiling emas “1 Tonne Gold Kangaroo Coin” yang dikeluarkan oleh Perth Mint.
Syiling gergasi seberat 1,012 kilogram ini mengandungi 99.99 peratus emas tulen. Lebar syiling itu hampir 80cm dan mempunyai ketebalan 12cm. Syiling ini dihasilkan oleh Dr Stuart Devlin AO CMG, iaitu tukang emas dan perhiasan kepada Permaisuri Elizabeth II pada tahun 2012.
Sebelah syiling itu tertera gambar seekor kanggaru sedang melompat manakala sebelah lagi memiliki profil ketua negara Britain, Ratu Elizabeth II. Syiling emas itu diperkenalkan sempena sidang kemuncak negara-negara Komanwel yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II. Kilang wang tersebut mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan syiling tersebut yang kini dipamerkan kepada orang ramai.
Jika Tuan/Puan berminat untuk mulakan simpanan jongkong emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.
“Save gold today, It will save you tomorrow”
