Puan Linda, apa syarat zakat emas? Boleh terangkan?
Penerangan:
Syarat wajib zakat emas yang tidak dipakai (jongkong dan dinar emas) ada dua iaitu:
1. 85 gram ke atas.
2. Cukup haul setahun.
Selagi mana tak menepati dua syarat wajib ini maka tak dikenakan zakat.
Contoh 1:
Puan Diana beli 50 gram emas. Genap setahun, kena zakat tak?
Jawapan: Tak, kerana kurang dari 85 gram.
Contoh 2:
Tuan Azman beli 100 gram emas. Kurang dari setahun, harga emas naik tinggi. Dia jualkan. Kena zakat tak?
Jawapan: Tak, kerana kurang dari setahun.
Contoh 3:
Tuan Fairoz beli 1000 gram emas. Cukup setahun, kena zakat tak?
Jawapan: Wajib bayar zakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib. Tuan Fairoz pergi ke baitulmal dan bayar 2.5% dari nilai semasa 1000 gram emas.
Tak perlu pun bawa emas ke baitulmal, cuma bagitau kaunter berapa kilo emas. Nanti mereka akan kira ikut nilaian baitulmal. Nak tahu cara kiraan zakat emas, klik link ini: Pengiraan Zakat Emas
Zakat merupakan satu amalan yang dapat menyucikan diri dan harta yang dimiliki. Ianya merupakan salah satu rukun islam yang lima. Dalil kefardhuan ibadah zakat ini di antaranya adalah berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud;
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.
(Surah An-Nur 24:56)
Jom niat menjadi salah seorang pembayar zakat emas 🙂
Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.
“Save gold today, It will save you tomorrow”
