“Puan Linda, saya ada sedikit simpanan tunai, tetapi nak gunakan semula dalam masa terdekat. Adakah sesuai untuk saya membeli emas?”

Saya nasihatkan jika ada duit untuk digunakan dalam masa terdekat atau dalam setahun ni jangan guna kesemua untuk beli emas. Lebih baik simpan sahaja duit tersebut sebab emas simpanan untuk jangka masa panjang.

Jika susah sangat nak simpan duit barulah cuba beli emas sedikit untuk menutup masalah duit yang kerap bocor.

Saya bagitau begini sebab bimbang nanti anda rasa rugi apabila jual balik emas tersebut.

Emas ada spread. Untuk jangka masa pendek anda akan rasa rugi kalau jual balik, tapi jika untuk jangka masa panjang tidak menjadi masalah, digalakkan beli dan simpanlah emas.

Ini kerana ada orang yang mempertikaikan kenapa dia simpan emas rugi, Ada jugak orang yang kata dia simpan emas boleh dapat untung.

Sebenarnya bukan emas yang menjadikan kita untung dan rugi, tapi ilmu dan kefahaman kita tentang emas yang akan menentukan kita untung atau rugi.

Sekiranya anda kata anda rugi simpan emas, kenapa ada orang kata dia untung simpan emas? Fikirkanlah.

Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.

“Save gold today, It will save you tomorrow”