Nama Tempat :

Taman Tasik Widuri

Tarikh : 04/04/2021

Musim covid ni hari minggu tak tahu nak ke mana. Dah janji dengan anak perempuan nak buat aktiviti hiking. Google jumpa berkenaan Taman Tasik Widuri ni. Kami tinggal area Pekan Rawang. Nak ke sini dalam 30minit perjalanan. Jadi teruskan niat ke sini. Waze je nama tempat ni. Lokasi bersebelahan apartment terbengkalai.

Sampai depan tasik ni anak acik dah mula teruja. Mama! Jom naik bot haha. Mendaftar masuk. Bayaran naik RM6 dewasa, RM4 kanak-kanak. Kemudian tunggu kat pelantar tu sementara bot tiba 🙂

Bot dah sampai! Perjalanan pusing tasik ni sekitar 15-20minit sahaja. Sebaiknya datang lewat petang. Boleh layan matahari terbenam.

Seronok juga aktiviti macam ni. Terapi alam. Acik share gambar kami sepanjang di atas bot. Waktu ni matahari dah mula nak terbenam. Cahaya memancar ke arah tasik. Cantik!

Budak tudung merah tu bukan main teruja. Tak lepas mata memandang sekeliling tasik.

 

Selepas turun dari bot, kami lepak makan area Tasik ni. Layan jugalah dengar nyanyian dan alunan muzik tepi tasik. Berilah mereka sedikit tips sebagai tanda sokongan dan terima kasih ye kawan-kawan 🙂

Selesai makan, kami turun kejap untuk bergambar. Matahari dah mula terbenam. Subhanallah, cantik sungguh!

 

Oh ya di sini juga anda boleh buat aktiviti seperti memancing. Pada hari Sabtu/Ahad dan cuti umum, anda juga boleh jalankan aktiviti abseiling, jungle trekking, fly fox dan berkayak. Boleh hubungi admin Pages ni >> Tasik Widuri Adventure Park

Insyallah ada rezeki nak datang semula untuk aktiviti jungle trekking dan fly fox. Jika nak layan view pun ok. Masuk percuma je untuk orang awam. Nak sertai aktiviti baru bayar. Boleh bawa anak-anak buat aktiviti. Sekarang tak boleh lagi. Negara kita masih Lockdown huhu. Masuk wishlist dulu na 🙂 abis PKP boleh terjah.

Sempat selit untuk photoshoot dinar. 1 dinar ni beratnya 4.25gram. Emas 999.9

Jika sahabat berminat untuk mulakan simpanan jongkong emas seperti gambar di atas, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.

“Save gold today, It will save you tomorrow”

Jumpa lagi di post yang lain 🙂