Nama Tempat :
Premium Pool Suite, Lexis Penang
Tarikh : 06/07/2019
Tahun 2019, Acik lin dan suami plan nak bawa mak ayah bercuti. kami tempah 2 bilik iaitu di Lexis Penang untuk mama babah yang tinggal di utara (Babah tak ikut, dia tak minat cuti-cuti ni hihi) dan juga Grand Lexis Port Dickson untuk mak dan abah yang tinggal di Selangor. Kebetulan bulai Julai adalah bulan kelahiran acik lin. Jadi bolehlah bercuti dan sambut sekali befday acik dan suami.
Mendaftar masuk sekitar jam 4 petang. Sengaja tidak pilih waktu cuti sekolah, nak elak kesesakan :p
Kami memilih penginapan jenis Premium Pool Suite
In-Room Amenities
- 89 sqm
- Full sea view
- 2 King beds
- Can accommodate 4 persons
- Private pool and sauna in the balcony area
- Spacious bathroom with shower & bath tub
- Free wireless Internet
- Telephone with IDD
- Complimentary coffee & tea
- Room service
- Air conditioning
- Ceiling fan
- 50″ Flat-screen TV with cable and satellite channels
- Bespoke bath amenities
- Safe
- Iron & ironing board
Beli voucher ni waktu MATA FAIR 2019 di PWTC , RM430/nite. Normal rate waktu tu dalam range RM600-700 per nite.
Ruangan dalam bilik dan private pool
Pakat seronok berendam! Lebih privacy dan selesa.
View dari tepi bilik kami. Kebetulan dapat jenis corner unit.
Petang tu acik dan dekna jalan-jalan di tepi laut. Menikmati pemandangan matahari terbenam.
Bergambar sat haha. Keesokan harinya kami check out dan singgah IKEA Penang, yang baru di buka pada tahun tu. Dekna nak makan meatball :p
Alhamdulilah. Aktiviti santai di Penang. Dapatlah gembirakan hati mak bonda. Cuti-cuti Malaysia 🙂 Bagi acik tempat ni bagus jika kita nak ruang yang lebih privacy ketika bercuti. Jangan lupa dapatkan voucher promo di MATTA FAIR atau boleh juga pantau website/fb Lexis Penang untuk info promosi terkini >> Boleh klik website ni LEXIS PENANG
Terima kasih sudi singgah blog acik lin 🙂
