Nama Bukit : The Nahara Kalumpang

Tahun : 2016/2019/2020

Terletak di hulu Selangor, The Nahara Kalumpang menawarkan penginapan jenis chalet kayu dan villa yang indah untuk diinapi. The Nahara Kalumpang hanya 45 minit memandu dari Rawang atau 15 minit dari Tanjung Malim.

Oleh kerana tempat ni hanya 45 minit dari rumah, boleh katakan kerap jugalah kami datang ke sini. Biasanya datang untuk mandi. Tahun 2016 kami menginap di chalet berbentuk segitiga ni. Muat la kami 4 beranak. Rate chalet jenis ni RM150/night. Chalet ni disediakan dengan tilam, bantak selimut dan sebuah kipas. Bilik air kat luar. Waktu malam sejuk je, 10-15 tapak je dari sungai.

Ketika kami datang tu musim buah. Sedap buah pulasan kat sini. Boleh petik dari tingkap chalet. Seronok mak yong makan buah. Di laluan masuk chalet pun ada orang meniaga buah-buahan. Pelbagai buah tempatan seperti manggis, lan gsat dan rambutan.

Ni pula chalet bersaiz besar sedikit berbanding chalet segitiga tadi. Disediakan sekali bilik air dan aircond. Rate sekitar RM300/night. Muat la 4-5 orang. Berhadapan depan kawasan padang. Boleh la nak buat aktiviti riadah kat sini. Tak jauh dari chalet ni ada sebiji banglo. Rate beribu juga la per nite. Kena contact pihak Nahara untuk sebut harga.

Di sini terdapat air terjun dan kemudahan serta persekitaran yang sangat bersih dan cantik. Biasanya weekdays tak ramai org. Jika hari minggu memang ramai yang datang untuk mandi manda dan berkhemah.

Bayaran masuk ke The Nahara Kalumpang

  • RM 8 Dewasa
  • RM 5 Kanak-kanak

Kemudahan

  • Pondok@ wakaf ( percuma ikut kekosongan)
  • Ada plug setiap pondok/wakaf
  • Tapak Khemah (percuma)
  • Tempat BBQ (sewa RM 15)
  • Tandas
  • Surau
  • Kedai sewa pelampung
  • Resort
  • Tempat riadah sesuai untuk

Family Day

  • Aktiviti berkumpulan
  • Tempat Kursus dan aktiviti air

Adakala kami bawa khemah sendiri. Khemah kecil je. Sekadar untuk anak melepak lepas mandi.

Acik lin belanja gambar tempat ni ye.

Anak-anak acik memang teruja kalau dengar nak datang ke sini. Biasa hujung minggu kami akan datang untuk mandi manda. Airnya tidaklah terlalu cetek. Ada bahagian boleh menyelam. Acik kongsikan gambar-gambar kami sepanjang datang ke sini.

Port cantik untuk bergambar.

Datanglah ke sini. Sesuai untuk aktiviti santai bersama rakan-rakan dan keluarga. Boleh hubungi management tempat ni

The Nahara Kalumpang

LOT 428, JALAN BESAR KAMPUNG PASIR PUTEH
Kalumpang 44100 Selangor
019-431 2193
Facebook Page
THE NAHARA KALUMPANG
Laman Web
thenahara.blogspot