Hari ni kita berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi. Persiapan menghadapi ekonomi tidak menentu sangat perlu. Kitab Al-Quran sudah pastinya sebagai rujukan yang cukup lengkap. Kisah dalam Al-Quran boleh dijadikan panduan dan pengajaran bukan hanya untuk zaman itu malah relevan hingga ke hari ini.
Kisah ini disampaikan oleh Allah SWT sebagai panduan kepada seluruh umat manusia :
Raja Mesir bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk di makan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh (gandum) yang hijau dan tujuh lainnya yang kering.
Raja Mesir itu teringat akan Nabi Yusuf yang sedang ditahan dalam penjara. Ada berita sampai kepada raja itu yang Nabi Yusuf mahir dalam tafsir mimpi.
Lalu raja itu menemui Nabi Yusuf dan bertanya tentang apakah maksud mimpi beliau itu.
Surah Yusuf, ayat 47 – 49 yang bermaksud :
Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (47)
“Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)”.(48)
“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.(49)
Mesir telah berjaya bertahan dan mendepani cabaran kemarau teruk untuk tempoh tujuh tahun. Kejayaan Mesir ini turut dikongsi oleh seluruh Timur Tengah yang mendapatkan bantuan Mesir yang juga berdepan dengan situasi yang sama termasuk Palestin.
Melihat kejayaan Mesir dalam usaha berhadapan dengan krisis kemarau panjang yang berlarutan, ia adalah hasil usaha dan idea Nabi Yusuf AS yang dilantik sebagai Menteri Kewangan Mesir. Beberapa formula telah disusun oleh Nabi Yusuf AS agar Mesir mampu bertahan ketika musim kemarau tersebut.
Formula kejayaan itu boleh disimpulkan dari usaha yang luar biasa, simpan dahulu belanja kemudian serta utamakan yang utama.
Dari kisah ini, saya sarankan agar kita simpan sebahagian duit kita dalam bentuk emas agar ia melekat pada kita. Jika sekarang kita simpan beras, ia mungkin rosak. Jika simpan duit mungkin kita akan terbelanja.
Maka anggapkan gandum yang masih melekat di tangkai itu adalah emas. Amalkan konsep SIMPAN dan LUPA. Waktu ‘kemarau’ ia akan berguna.
Bayangkan ‘kemarau’ yang kita sedang hadapi sejak 2020 hingga tulisan ini di tulis akibat pandemik Covid-19. Kita tidak pernah menyangka begitu panjang tempoh kemarau ini dan sampai bila ia akan terus melanda dunia.
Jadi. Marilah kita sama-sama menjadikan emas sebagai penyelamat bila tiba waktu kemarau sebegini. Kita tidak boleh mengubah sesuatu takdir yang berlaku, tetapi kita boleh mengubah cara kita melihat setiap takdir yang berlaku.
Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.
“Save gold today, It will save you tomorrow”
