APA ITU LBMA?
Jawapan yang paling mudah untuk persoalan tadi ialah kita perlu cari jenama emas yang diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA) iaitu satu badan yang ditubuhkan oleh Central Bank of England pada tahun 1987 untuk mengawal selia dan melindungi pasaran emas dunia dari penyelewengan dan pemalsuan produk jongkong emas. LBMA berpusat di Kota London dan mereka telah memperkenalkan apa yang dikenali sebagai Good Delivery Standards.
Ini bermaksud jongkong emas yang diiktiraf LBMA (juga digelar Good Delivery Bar) perlu memenuhi kriteria-kriteria yang strict seperti:
- Hanyarefiners yang diiktiraf LBMA boleh menempa jongkong emas tersebut.
- Jongkong emas yang ditempa perlu memenuhi syarat-syaratnya (contoh: jongkong perlu ditempa mengikut dimensi yang telah ditetapkan, dengan ketulenan emas paling kurang 995. Selain itu, tahap ketulenan, cop logo syarikat dan serial numbermesti diukir pada jongkong emas).
- Hanya assayers yang diiktiraf LBMA boleh menguji ketulenan jongkong emas yang ditempa.
- Jika jongkong emas yang dihasilkan gagal memenuhi mana-mana syarat, ia akan dicop sebagai NGD (bermaksud Non Good Delivery Bar)
- Hanya servis Bullion Couriersyang diiktiraf digunakan untuk transport jongkong emas tersebut.
- Jongkong emas yang telah sampai ke destinasinya mesti disimpan dalam peti besi yang diiktiraf dan sentiasa dipantau rapi.
- Setiap pergerakan jongkong emas akan direkod dengan teliti.
Seperti yang anda dapat lihat, Good Delivery Bars perlu memenuhi syarat yang sangat ketat sebelum ia sampai ke tangan pembeli iaitu kita semua. Malah, kualiti dan integriti Emas LBMA sangat dipercayai sehinggakan syarikat emas di serata dunia sanggup menerima Emas LBMA TANPA perlu membuat ujian ketulenan terlebih dahulu.
Ini membolehkan transaksi jual beli emas dilakukan dengan lebih efficient (merendahkan kos operasi syarikat) dan seterusnya merendahkan harga emas yang dijual kepada kita semua sebagai end-consumer.

Sebelum April 2015, Public Gold keluarkan emas sendiri 100% di kilang yang terletak di Pulau Pinang.
Tapi bila GST diimplemen pada 1 April 2015, Public Gold mencari jalan supaya emas Public Gold tidak dikenakan GST.
Lalu kerajaan Malaysia menetapkan kalau ada akreditasi London Bullion Market Association (LBMA), GST dikecualikan. Ini komitmen Public Gold untuk pastikan pelanggan dapat beli emas dengan lebih murah 6%.
Solusinya, Public Gold berjaya dapatkan pengilang Nadir Metal Rafinèry di Turki yang mendapat pengiktirafan LBMA untuk menempa emas.
Bermula dari situ, Public Gold ada pilihan goldbar Bunga Mas & Taifook di buat di Malaysia ada GST 6%, dan LBMA tiada GST. Masa itu Bunga Mas & Taifook tidak mendapat sambutan sebab mahal 6%.
Sekarang GST dah tak ada. Harga sama saja dengan Bunga Mas dan goldbar LBMA.
Kekurangan LBMA, stok lambat sikit sebab dari Turki. Dan shipping hanya 1 kali sebulan.
Kelebihan LBMA, ia diiktiraf di seluruh dunia.
Produk Emas LBMA Public Gold boleh didapati dalam pelbagai saiz seperti di bawah:
Jongkong Emas LBMA:
0.5gram, 1gram, 5gram, 10gram, 20gram, 50gram, 100gram, 250gram & 1kilogram
Syiling Emas LBMA:
1 Dinar (4.25gram), Half Dinar (2.125gram). 5 Dinar (21.25gram) & 10 Dinar (42.5gram)
Produk Emas LBMA Public Gold hadir bersama dengan sijil ketulenannya dalam bentuk kad (kecuali jongkong emas 250g dan 1kg yang hadir dengan sijil yang berasingan). Emas tersebut dipakej dengan kemas dalam plastik yang di ‘laminate’ dan seterusnya di ‘seal’ yang rupanya seperti sticker hologram di bahagian belakang kad. Di belakang kad ini juga tercetak logo Nadir Metal Rafineri dan Assayer Nadir, serta maklumat dimensi jongkong emas seperti berat, panjang, lebar, diameter, ketebalan dan tahap ketulenan emas.
Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.
“Save gold today, It will save you tomorrow”
