Waktu pkp ni tak dapat buat aktiviti outdoor. Maka gigih la acik update website untuk share info mengenai emas dan tempat menarik untuk hiking dan cerita serba sedikit pengalaman mendaki gunung. Acik tertarik dengan perkongsian mengenai buku Kitab Pendaki Gunung. Ini antara review yang acik baca.

Book Review 1 – KITAB PENDAKI GUNUNG

First of all, kena bagi kudos to Brig Jen Dato’ Dr Mohd Radzi atau lebih dikenali oleh kita sebagai Pena Celoreng. Its quite a comprehensive and extensive book, covering almost semua maklumat yang pendaki gunung di Malaysia patut tahu dan a monumental task yang mungkin tak terbuat oleh saya.

Saya mengaku yang ianya a bit of heavy reading for me, buku ilmiah memang do that to me. Kalau nak baca from cover to cover, 418 pages, perlukan disiplin ahli skuad harimau yang dilatih oleh Pena Celoreng tu. Apa yang saya syorkan ialah to pick and chose topics yang kita lebih tertarik dulu macam identification makanan apa yg boleh dimakan jika sesat. Complete description, macam mana nak dapatkan dan sediakan berserta gambar diberi. Ada topic khas untuk pendaki wanita, Ada topic khas kalau jumpa binatang buas, ular, serangga berbisa dan topic2 yang perlu untuk semua hike dan semua hikers seperti how to plan and prepare for hikes. Pendek kata ada semua.

We might not agree dengan a few info yang dia bagi tapi i’m sure banyak lagi yang kita agree dan banyak yang kita tak tahu pun. One of the Principles of Responsible Hiker ialah untuk sentiasa buat self improvement dan ini adalah satu dari caranya. My recomendation is every hiker, baru atau lama, Yg recreational atau hardcore should get this book. Harganya RM58.30. Saya pon tak tahu cam mana nak dapatkan except PM Pena Celoreng atau may be dia akan terangkan dalam komen.

Book Review 2: KITAB PENDAKI GUNUNG

Rugi jika anda tidak memilikinya. Gambar paling rare ialah gambar2 dimana beliau mula2 membina Laban Rata di gunung Kinabalu. Beliau berpangkat Lt Muda masa tu.

Pena celoreng dan MORA ialah dua nama pena bagi Brig Jen Dato’ Dr Mohd Radzi bin Hj Abdul Hamid. Beliau telah menulis 15 buah novel dan tiga buah buku ilmiah, 32 buah cerpen, skrip drama dan filem, dan beratus-ratus sajak patriotik dan cinta.

Dua buah novel perang beliau telah menjadi novel terlaris kebangsaan selama dua tahun berturut-turut dan novel ini telah diadaptasi menjadi 13 episod Drama Kemerdekaan Negara.

Manakala sajak beliau yang bertajuk lkrar aI-Qaswa di Pintu Abu Ayub telah dipilih sebagai Johan Pertandingan Sajak sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan. Sajak ini telah diangkat sebagai Ikrar sambutan maulidur rasul peringkat kebangsaan.

Beliau juga ialah Johan Sayembara Puisi Peringkat Kebangsaan. Berdasarkan mutu karya-karya beliau, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengangkat beliau sebagai Karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selain daripada menghasilkan karya-karya yang tersebut, beliau juga sangat aktif dalam menulis artikel-artikel ilmiah dan disiarkan dalam jurnaljurnal dalam negara dan antarabangsa.

Beliau adalah johan menulis artikel dalam The Journal of the Malaysian Army dan Johan menulis ulasan buku Angkatan Tentera Malaysia.

Sebagai seorang pendaki kita perlu melengkapkan diri dari masa ke semasa dengan ilmu-ilmu alam, survival, muka bumi dan segala ilmu yang berkaitan dengan aktiviti yang kita jalankan agar dapat dijadikan panduan dan rujukan bila diperlukan.. Tidak wajar sama sekali kita mendaki tanpa apa-apa ilmu didada..

Sekiranya berlaku kecemasan, siapakah yang akan membantu kita dalam hutan belantara sana.

Pesanan terakhir, sekurang-kurangnya pelajarilah ilmu asas pendakian. Jadilah seorang pendaki yang berilmu, beretika, tidak mementingkan diri sendiri walaupun dalam keadaan terdesak sekalipun dan jangan sesekali berasa megah dengan diri sendiri

Bahagian Pengenalan Penulis

Artikel dari Utusan Malaysia 30 Apr 2021.

Acik lin belum hadam habis lagi. Tapi setakat pembacaan rambang untuk setiap bab. Banyak info bermanfaat yang dikongsikan penulis. Insyallah sangat berbaloi untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan.

Bagi yg berminat boleh dapatkannya diĀ  shopee>> KLIK SINI

Disclaimer: Ini bukan iklan berbayar cuma berkongsi apa yang penulis rasa bermanfaat untuk semua pembaca.