Perkongsian dari Puan Nur Zulaikha,

Ada yang tanya, kenapa harga emas yang saya update tak sama dengan kedai emas?

Mari saya jelaskan, jika ada lagi yang tertanya-tanya.

1) Saya update harga emas Public Gold. Yakni emas 999.9 Public Gold. Biasanya saya update untuk 1 gram GAP sebagai rujukan.

2) Setiap keluaran emas harga tak sama ataupun berbeza mengikut syarikat/ kedai.

3) Kedai emas menjual barang kemas, lebih kepada emas 916.

4) Emas 999.9 tidak sama dengan emas 916, berbeza dari segi ketulenan.

5) Emas 999.9 adalah emas tulen 24 karat, manakala emas 916 adalah 22 karat. Harga emas di arrahnu pun berbeza mengikut ketulenan.

6) Emas 916 rata-rata harga dekat kedai pun tak sama. Kedai dalam kawasan pun tak sama, apatah lagi negeri yang berbeza. Online dengan offline (dekat kedai) pun tak sama.

7) Harga emas 916 ada yang sudah termasuk upah, ada juga belum masuk upah. Jika harga dipapar belum masuk upah, maka kelihatan lebih rendah. Harus dikira harga per gram mengambil kira upah barang.

8) Harga emas 916 di Habib, Poh Kong, Wah Chan dan Tomei pun berbeza dengan kedai emas biasa. Kenapa berbeza, padahal emas 916 yang sama juga?

9) Emas bukan harga kawalan di Malaysia. Biasanya harga emas akan mengikut naik turun harga emas dunia. Namun begitu, tiada harga lantai mahupun harga siling untuk emas.

10) Harga emas 999.9 lebih jelas, lebih telus dan lebih mengikut harga emas dunia, manakala harga barang kemas 916 boleh dimanipulasi di bahagian upah.

11) At the end, bergantung kepada ilmu dan kebijaksanaan kita dalam membeli.

12) Nak beli barang kemas, ada tipsnya. Nak beli emas 999.9 pun ada tips dan panduan.

Nota kaki:
Harga GAP 18/06/2021 RM257/gram.
Harga barang kemas 916 sekitar RM250-260/gram.

Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.

“Save gold today, It will save you tomorrow”