JUNGLE TREKKING TAMAN EKO RIMBA BUKIT NANAS, KUALA LUMPUR
by lindamasehat
No Comments
TAMAN EKO RIMBA BUKIT NANAS
Tarikh : 13/01/2018
Taman Eco Rimba Bukit Nanas terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu di antara jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Ia diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal pada tahun 1906. Taman Eco Rimba mempunyai keluasan 17.50 hektar dan sehingga kini ia mempunyai keluasan lebih kurang 9.3 hektar. Menurut sumber, Hutan Lipur Bukit Nanas merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
Acik dan 2 adik perempuan berhajat untuk hiking santai. Kami sepakat untuk datang ke Hutan Bukit Nanas. Dari info trek ni sesuai untuk kanak-kanak. Maka acik lin bawa bersama anak perempuan ke sini. Ketika kami tiba, cuaca agak mendung. Risau juga hujan. Kami parking kereta sebelah bangunan OES. Bayaran parking RM6. Kemudian menapak sikit ke depan. Tak jauh dalam 5 minit saja.
Bila dah tiba di Taman Eco Rimba, masuk je arah bahagian kaunter. Bayaran? Tak perlu bayar apa-apa. Percuma! 🙂
Sumber gambar google
Bergambar di pintu masuk Taman Eko Rimba. Rafflesia tu replika ja, dari batu.
Kami kemudiannya berjalan di laluan trekking. Laluan denai. Konsep hutan dalam bandar yang sangat menarik. Walaupun hutan terancang, tetap mencabar. Laluan jambatan gantung bantu anak belajar mengimbangkan badan. Laluan bertangga mencanak naik dan turun. Meredah laluan pokok berakar. Bagus untuk yang mula nak kenalkan hutan pada anak-anak.
Di sini kami melalui tangga kayu dan jambatan gantung. Gambar jambatan kayu tu acik ambil dari google. Godeh gambar sendiri tak jumpa dah hihi. Trek ni ambil masa lebih kurang sejam. Mood santai.
Setelah jungle trekking kami naik jambatan gantung yang panjangnya 200 meter. Menikmati view bandaraya dari atas. Cantik.
Gambar dari google
Alhamdulilah, menarik juga aktiviti kat sini. Boleh la bonding time dengan family dan anak-anak. Jangan lupa masukkan Hutan Eko Rimba Bukit Nanas dalam senarai tempat wajib untuk dikunjungi.
Acik kongsikan sedikit info mengenai hutan ni :
WAKTU LAWATAN :
Bermula pukul 7.00 pagi sehingga 7.00 petang setiap hari
Pusat Maklumat dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang
Masuk PERCUMA
Antara kemudahan yang disediakan disini seperti Surau, Tandas, Pondok, Pusat Maklumat, Padang dan Dewan.
Tarikan yang terdapat di Taman Eco Rimba adalah seperti Taman Herba, Rumah Orkid Liar, Galeri Warisan, Tapak Perkhemahan, jungle trekking dan lain-lain.
Untuk keterangan lanjut mengenai Taman Eco Rimba boleh la menghubungi