Jongkong emas paling besar didunia
Gambar diatas merupakan gambar jongkong emas paling besar didunia. Tahukah anda berapa berat jongkong emas ini?
Ianya dikeluarkan oleh syarikat Mitsubishi Materials Corporation pada tahun 2005 dan dipamerkan di Muzium Emas Toi di Shizuoka, Jepun. Sesiapa yang berkunjung ke muzium tersebut, pengunjung diberi peluang untuk melihat dan menyentuh jongkong berkenaan. Dengan panjangnya 45.5cm, kelebaran 22.5cm dan ketinggian 17cm, ianya mempunyai berat sebanyak 250 kilogram. YA, 250 KILOGRAM!
Jongkong emas ini mempunyai nilai sebanyak 400 juta yen, iaitu bersamaan 3,684,000 dolar Amerika pada masa itu. Anggaran nilainya pada tahun 2014 pula ialah sebanyak 10.33 juta dolar Amerika.
Cuba anda bayangkan berapa pula nilainya sekarang?
Jika Tuan/Puan berminat untuk miliki jongkong emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.
“Save gold today, It will save you tomorrow”
