PINE TREE & TWIN PEAK

Ketinggian  1456m & 1505m

Tarikh : 07/04/2018

Gunung Pine Tree & Twin Peak merupakan gunung tertinggi di Bukit Fraser dan dikategorikan yang ke-94 tertinggi di Malaysia. Dengan anggaran ketinggian Pine Tree Hill 1,456 meter (4,777kaki) dan Twin Peak 1,505 meter (4,938 kaki), pendakian bagi menawan kedua-dua puncak ini boleh dibuat secara daypack.

Starting Point ke Pine Tree & Twin Peak
Geng Car Pool. Park kereta area sini

Acik lin dan sahabat hiking bernama Tokki, serta 3 lagi rakan baru menyertai trip ke Pine Tree & Twin Peak. Trip ni anjuran GOGO Suka Suki Hikers.

Bergambar sebelum mulakan pendakian

Pendakian pada awalnya agak santai kerana trek perjalanan yang landai dan jelas seperti jungle trekking. Setelah menuruni tangga-tangga batu dan kayu, perjalanan kami diteruskan lagi dan kali ini kami melepasi kawasan yang sudah dihalangi dengan akar-akar kayu.

Berhenti rehat di kawasan mossy

Perjalanan makin mencabar. Hampir 3 jam perjalanan ke puncak Pine Tree. Laluan adakala mencanak dan paling seksa berlaga lutut apabila memanjat tangga-tangga batu bersimen. Berpaut pada tali yang agak kasar. Perit juga la tapak tangan. Nak ke puncak tu kena hadap akar dan batuan. Ada yang tidak mahu ambil risiko dan menunggu di bawah. Apapun, trust your insticnt. Jika rasa tak sedap hati, jangan teruskan.

Alhamdulilah. Selamat sampai ke puncak pertama, Pine Tree.

Pendakian ke puncak gunung kedua iaitu Twin Peak yang mengambil masa dalam 30-45 minit. Laluan agak berselut dan becak. Cuaca sejuk dan laluan banyak yang menurun ke bawah. Keindahan puncak gunung Twin Peak ternyata lebih menarik dan cantik berbanding puncak gunung Pine Tree kerana di sini para pendaki boleh melihat gunung-ganang yang lain seperti Gunung Semangkuk dan awan yang membiru.

Sweeper yang baik hati. Tq Ayu bagi acik lin air garam dan  1oo plus. Tq juga Saudara Khazi selaku gogo yang melancarkan trip ni.

Tiba masa untuk turun dari puncak Twin Peak lebih mencabar kerana kami perlu melalui kawasan yang curam dan masing-masing mula teringat kembali pada tangga-tangga batu yang harus kami turuni. Jarak keseluruhan perjalanan dalam misi menawan gunung Pine Tree & Twin Peak adalah sejauh 12 km. Alhamdulilah, kami sampai bawah sekitar jam 8 pm. Barai? memang barai. Ramai juga yang injured dan keluar sekitar 9pm.

Makan sebelum pulang

Bagi acik lin, trek Pine Tree & Twin Peak ni tidaklah terlalu sukar. Kesukaran terbesar adalah menangani ‘mental’ kita saja terutama bila nak meredah akar kayu dan tangga yang bertemu lutut. Jika set susah, maka kita akan rasa bebai (bahasa utara haha) dan semangat mula jatuh. Anggap je setiap perjalanan tu ada pengalaman tersendiri. Jadi jangan takut-takut nak menawan gunung ni. Training sebelum naik, insyallah di permudahkan semua. Selamat mendaki! 🙂