GUNUNG YONG YAP
Ketinggian : 2,167M
Tarikh : 6-7 Oct 2018
Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan negeri Perak/Kelantan[1] mempunyai ketinggian setinggi 2,167 meter (7,110 kaki). Gunung Yong Yap termasuk ‘G7’ oleh pendaki tempatan. Gunung G7 yang lain ialah Gunung Tahan dan Gunung Yong Belar di Pahang, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat di Perak.[2]
Gunung Yong Yap mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Gunung Yong Yap merupakan gunung G7 pertama acik lin tawan. Ketika tu dah mula upgrade level ketinggian gunung, dah training, dah rasa yakin stamina semakin baik untuk menawan gunung berketinggian lebih 2000M.
Acik lin kenal sahabat bernama Syaz. Kami sama-sama mendaki ketika ke Gunung Siku. Kemudian carpool bersama saudara Azli dan isterinya. Trip ni anjuran Pelancong Gunung Osem. Seramai 9 orang peserta termasuk sweeper dan guide saudara Hafiz dan Syukri.
Kami tiba awal dan tidur di Masjid. Sarapan pagi di Kampung Raja dan tapaw makanan.
Kemudian meneruskan perjalanan ke Pos Regil. Masuk kawasan perkampungan orang asli, Kampung Kuala Regil. Park kereta sebelah surau dan bersiap untuk mulakan pendakian.

Pendakian awal tu masih dikira santai. Gunung Yong Yap ni cabaran utama ialah perlu melalui banyak sungai. Lebih kurang 23 batang sungai. Kembang jari! Alhamdulilah waktu naik cuaca elok. Pendakian lancar. Sesekali dah rasa pewai tu berhenti kejap, ambil nafas dan teruskan pendakian.

Perjalanan diteruskan. Ketika ini stamina masing-masing masih okay. Kemudian berhenti di waterfall ni. Cantik. Kami melepaskan lelah di sini dan bergambar. Gogo kami buka dapur haram. Buatkan air cicah biskut. Heaven.
Alhamdulilah lebih kurang 3 jam mendaki kami sampai ke simpang Y.
Seterusnya menuju ke Kem Agas yang agak mencabar lebih kurang 45 darjah. Dari Starting point ke Kem Agas memakan masa yang agak lama iaitu sekitar 4-5 jam perjalanan. Ketika tu banyak pokok-pokok buloh. Merasa la jadi komando kena meniarap :p

Kami meneruskan perjalanan ke Kem Sg Jeruk. Disinilah campsite kami memandangkan kem ni ada sumber air. Kami sampai kem Sg Jeruk sekitar jam 6 pm. Pasang khemah, mandi, solat, makan dan berehat.
Pagi tu tiba-tiba hujan turun. Khemah di masuki air. Mujur kami bawa pelapik khemah yang agak tebal. Ikutkan itinerari asal, jam 3 am kami akan bergerak naik. Oleh kerana hujan, kami naik agak lewat. Tak silap jam 4 am.
Makan mee goreng dan keropok lekor. Tidur dalam kekenyangan sebelum meneruskan misi.
Perjalanan menuju ke kem balak pecah mengambil masa lebih kurang 2jam. Perjalanan meredah gelap dan hanya bergantung pada headlamp.
Alhamdulilah tak lama tu kami sampai area mossy. Allahu cantik! Trek berakar dan berselut. Acik memang suka trek begini cuma bila agak lembab dan licin, kena lebih berhati-hati sewaktu memijak dan memaut akar.
Seperti masuk ke dunia baru. Lord of the Rings
Sempat juga la snap gambar khazanah alam kat sini. Siput tu Syaz ambilkan gambar. Comel kan.
Dari kem Balak Pecah ke puncak lebih kurang sejam setengah sahaja. Alhamdulilah, kami tiba di puncak yong yang lebih kurang 9-10 pagi. Rezeki kami nampak cuaca agak berkabus. Tidak ada view. Apapun itu hanya bonus. Apa yang penting kami selamat naik ke puncak. Sujud syukur.
Bergambar bersama gogo, saudara Hafiz dan peserta, Soleh dan Radin.
Perserta trip Yong Yap. Semua happy dah berjaya sampai puncak! 🙂
Kami kemudian turun sekitar jam 11 am. Perjalanan lancar. Sampai campsite kami berkemas dan meneruskan perjalanan turun. Waktu turun tu sesekali hujan renyai. Ada kala penat berhenti rehat. Kami kena keluar sebelum gelap.
Hinggalah kami tiba di sungai akhir, air dah mula naik separas pinggang. Ikutkan ketika tu musim hujan. Nak jadi rezeki waktu turun tu pula hujan lebat dan paras air naik. Mula la acik lin terbayang kisah orang hanyut, Ber drama juga la tepi tebing tu haha. Ingat family semua :p Alhamdulilah akhirnya kami sampai ke starting point sekitar jam 7 pm.
Perjalanan ke Yong Yap ni ikutkan tidaklah seteruk mana. Cabaran utama merentas sungai tu je. Pakai kasut yang sesuai insyallah okay. Oh ya jangan lupa bawa spray serangga kerana di kem Jeruk tu ada yang kena serang dek Agas. Bagi acik lin, trek Yong Yang ni lagi okay dari Yong Belar. Compare 2 ni je la sebab G7 lain acik tak naik lagi :p
Setiap perjalanan itu ada kisah. Pahit, manis, semua pun kenangan 🙂 Jumpa lagi!
