GUNUNG YONG BELAR

Ketinggian : 2,181M

Tarikh : 27-28 Oct 2018

Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul NaimMalaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki). Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.Gunung Yong Belar mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atashutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.[1]Pendaki boleh bermalam di Kem Tudung Periuk sebelum mendaki ke puncak gunung ini.

Perancangan mendaki ke Yong Belar ni di buat lebih awal. Kami sudah membuat bayaran awal tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan terpaksa dibatalkan (malas nak cerita part ni, dah move on haha).

Acik lin, Kak Ari dan En Lan kemudiannya menyertai trip anjuran Cameo Outdoors atau kami panggil nama CM. Ikutkan ahli trip ni dari serpihan trip yang ditangguhkan sebelum ni. CM ni hanya nak bantu kami untuk ke Yong Belar walaupun pendaki ada 6 orang je. Ada peserta yang nak grad G7 dan ini gunung penutup. Sebaik urusan permit berjaya, kami pun mula buat persiapan akhir untuk menawan Gunung Yong Belar.

Acik tumpang Kak Ari dan suaminya dari Rawang ke Cameron Highlands. Atas perbincangan, kami akan terus naik sampai puncak dan kemudian bermalam di Kem Tudung Periuk.

Kami berkumpul di Masjid Lojing. Tunggu turn naik powil. Hari yang sama banyak juga group naik. Ada yang bermalam di Kem Pelaur. Tak lama tu powil sampai dan bawa kami hingga kawasan kebun. Dalam hati berbisik, jika tak kerana nak menawan gunung G7 ni, idak la aku nak redah kegelapan malam macam ni. Melambung-lambung jugalah sebab jalan sempit dan ada bahagian tu laluan mencanak.  Banyakkan doa dan tawakal sajalah. Dalam berani ada juga takut kan. Normal la perasaan tu.

Kami sampai kebun sekitar 4pagi (jika tak silap). Tak lama tu masuk waktu subuh. Berhenti solat dan teruskan perjalanan. Oleh kerana pace acik lin ni siput sendu je, maka tak sanggup pula nak biarkan peserta lain menunggu. Maka acik, Kak Arie dan En lan perlahankan pace. Mujur ada En lan temankan acik dan Kak Arie.

Waktu ni semangat masih kental

Terima kasih tak terhingga untuk En. Lan. Dia perlahankan pace sampai pewai juga bawa 2 khemah kami. Padahal pace dia memang laju berdesup haha.

Perjalanan ke sini acik tak dapat nak cerita sepenuhnya kerana trip pun dah lama, 2018. Catatan ni 2021. Jadi mana yang masih ingat tu acik share la ye. Trip kami ni hujung tahun. Jadi memang musim hujan. Benarnya Allah tu nak bantu. Tu sebab trip awal tu banyak halangan. Tapi sebab semangat ni terlalu membara maka usahakan juga nak pergi. Akhirnya hadaplah trek yang sangat lazat.

Hujan, tanah lembab. Bkn setakat lembab, laluan becak teruk. Dah la becak, tak de arah nak elak dah. Bila dah pewai teruk, selut pun main rempuh. Kasut terbenam tu selalu dah. Bebai? tak larat nak bebai dah. Mulut terkumat kamit menyesal hahaha. Masa tu mula la ingat anak-anak kat rumah, ingat suami, ingat mak ayah. Paling lawak, alangkah bagus tak redah sini, boleh makan depan tv haha. Ni semua halunisasi bila dah kepenatan.

Setelah meredah laluan yang sukar, kami sampai ke Kem Tudung Periuk. En Lan bantu buka khemah. Rakan pendakian kami yang tiba awal dah tolong ‘lock’ tempat untuk kami. Terima kasih jugalah pada mereka. Bila sampai awal, peluang dapat port khemah yang elok sikit. Memang ramai yang naik. Tu yang kem penuh dan trek barai.

Kak Arie bawa ikan bilis campur tempe dan kacang. Makan dengan nasi impit

Berehat, minum kopi panas…fuhhhh 

Bergambar di kem Tudung Periuk

Selepas makan, kami berehat sebentar. Tak lama dalam 2 jam sebelum teruskan misi untuk naik ke puncak, hari yang sama! memang kerja gila la sebab dengan tak cukup tidur dan rehat. Apapun kaki dah melangkah, drama macam mana pun kena teruskan. Naik turun, naik turun kami sampai ke Kem Kasut. Waktu tu kasut masing-masing pun dah cantik. Penuh selut. Berhenti makan pek kembara. Tapi dah penat makan pun tak habis.

Kak Arie dan En Lan. Waktu ni berhenti makan

Lawa kasut

Kami kemudian melalui kawasan mossy. Masa ni terubat sikit hati. Allahu cantik. Mujur acik memang suka trek berakar. Cuma bila berselut tu langkah jadi perlahan. Jika tanya jam berapa memang dah tak ingat tapi sampai puncak tepat jam 6 petang 🙂

Happy giler! Ada la sekelompok awan sebelum kami bergambar tu, kemudian view membuka seketika. Waktu kami turun, view dah mula berkabus. Atas rezeki masing-masing. Apapun acik gembira dan berterima kasih pada semua peserta trip ni. Jika tidak, mungkin dah putus asa nak menawan G7. 

Bergambar bersama Kak Arie. Terharu sampai puncak! Alhamdulilah 

Bersama team pendakian Gunung Yong Belar : dari kiri CM, Jack, En Lan, Kak Rie, Acik Lin dan Aizat.

Ada yang bawa ular naik puncak. Beranikan diri untuk pegang :p

Hampir setengah jam di puncak, kami memulakan pendakian turun. Dalam perjalanan balik tu acik memang dah tak boleh nak buka mata. Minta izin sahabat nak tidur kejap. Kami tidur ni di kawasan gelap, berlapik. Sempat doa jangan la binatang berbisa menyusur keluar. Tumpang tidur kejap je ni. Tak lama dengar bunyi angin berdesir. Lain macam bunyinya. Tapi dah ada di hutan ni, tawakal pada Allah tu kuat. Dapat la deep sleep dalam setengah jam. Jadi la. Kami terserempak dengan peserta team lain. baik sungguh saudara Irfan ni. Headlamp acik dah samar-samar. Dia tak tinggalkan kami, tolong suluhkan laluan. Susah nak jumpa orang tak pentingkan diri. Memang rezeki jumpa orang baik-baik ni.

Beliau dan rakannya kemudian meninggalkan kami sebab dah sampai simpang ke campsite mereka di Pelaur. Nak ke pelaur? dalam mimpi sajalah sebab kami sampai area situ pun dah gelap. Kata orang perjalanan ke pelaur tu dalam setengah jam.

Waktu perjalanan balik tu, Allah saja yang tahu macam mana penat dan barainya acik lin. Bergerak dari jam 6.30pm tu, jam 2 pagi baru sampai kem Tudung Periuk. Sebelum sampai tapak perkhemahan, kami berhenti kat sungai, bersihkan diri. Tengah malam. Tak peduli apa dah. Hantu ke apa tak fikir dah. Penat sangat kalau muncul pun acik rasa nak jerkah kot huhu (punya penat tu tak tahu nak cerita macam mana haha).

Kami kemudian solat dam berehat. Tidur nyenyak. Bangun tu rasa segar. Bergambar di Kem Tudung periuk sebelum turun.

Turun dengan lancar. Sampai kawasan kebun sekitar jam 2-3petang. Ada hikmahnya juga kami terus ke puncak kerana keesokannya kami dah boleh turun sebelum gelap. Tambahan semakin lama menunggu, trek semakin barai kerana ramai pendaki mula turun.

Waktu turun. Dah ada tenaga dan ceria sikit la dari hari sebelumnya :p

Alhamdulilah. Memori manis juga untuk dikenang. Pertamanya tak sangka di usia 38tahun masih dapat naik gunung melebihi 2000M. Keduanya merasa pengalaman yang amat mahal untuk dikenang sepanjang hayat. Terima kasih rakan pendakian. Sujud syukur dapat selesaikan misi G7 yang kedua. Ketiga dan seterusnya? Biarlah masa yang menentukan tetapi buat masa ni belum ada plan nak sambung hihi……

Pada acik, untuk menawan G7 ni bukan semata kekuatan fizikal tetapi mental dan emosi. Yakin boleh, redah je selagi mampu. Akhirnya tawakal. Jangan takut, pengalaman tiap orang tak sama. Cuma nasihat acik, nak mendaki biarlah bukan ketika musim hujan. Bila musim hujan, kita perlukan 2 kali daya kekuatan dari biasa. Fikir-fikirkan. Jumpa lagi 🙂