GUNUNG NUANG

Ketinggian : 1463M

Tarikh : 09/09/2018

Acik lin risik trek Gunung Nuang.

Jika via Pangsun rasanya stamina tak lepas lagi. Boleh la cuba upgrade level ketinggian. Sebelum tu mendaki dengan cara upgrade perlahan-lahan ketinggian bukit/gunung. Pace acik ni biasa-biasa saja. Nak follow team pun kena tengok-tengok juga. Antara sweeper sejati namanya Tokki. Insyallah kalau follow beliau tak pernah dalam sejarah dia tinggalkan kami yang sendu ni haha.

Kami join OST iaitu singkatan untuk Outdoor Sempoi Team. Cik Pian, Kak Jiha dan Sinar. Oh ya, Cik Lan dan 2 rakan lain iaitu Azam dan Nor. Acik, tokki dan sinar carpool 1 kereta manakala Cik Pian dan Kak Jiha suami isteri naik 1 kereta.

Starting point kawasan kebun dan memasuki kawasan berbatu kerikil halus. Kemudian melalui kawasan kampung orang Asli. Pendakian naik mengambil masa 4 jam. Rakan yang lain dah berdesup ke atas. Mereka mungkin sampai 1 jam lebih awal.

Tokki follow belakang acik lin. Pertengahan pendakian tu hujan renyai. Trek agak licin. Terpaksa melalui kawasan batuan yang mencanak. Allahuakbar. Seksa rasa. 

 Khazanah dari Gunung Nuang

Alhamdulilah. Akhirnya berjaya sampai ke puncak. Mereka yang sampai awal dah sediakan makanan, Kami basuh tangan, bersila dan makan haha

Seterusnya bergambar di signboard Gunung Nuang. Dah merangkak naik atas ni wajib la bergambar kenangan.

Comel! tupai kat sini jinak belaka

Terima kasih sahabat semua kerana merealisasikan impian menawan Gunung Nuang. Seksa trek masih terasa. Tahun 2021 masih belum terfikir nak naik melalui Pangsun. Baca kisah pun dah seram….aduhhh

Waktu melalui kawasan orang Asli, acik terbau kemenyan. Acik spontan bertanya pada Tokki sama ada dia terbau yang sama.
“Jangan Tegur” kata Tokki
Alhamdulilah, kami sampai bawah puncak sebelum maghrib. Sempat mandi dan solat asar di pondok area Kampung tu. Balik dr Nuang hari pertama dan kedua masih okay. Hari ketiga baru otot terasa sakit :p
Persiapkan mental dan fizikal dan datanglah menawan Nuang. Di sini ada cabaran hebat untuk di sahut! 🙂