GUNUNG LIANG
Ketinggian : 1933M
Tarikh : 15/04/2018
Hari ni acik nak share kisah pendakian ke Gunung Liang. Terlebih dahulu acik mohon maaf sebab post ni dibuat tahun 2021, maka banyak fakta penting mengenai pendakian ni dah hilang dari memori.

Kami carpool dari KL. Berkumpul di Masjid Tanjung Malim dan breakfast sebelum mulakan pendakian.
Kami join trip ni anjuran We Hike Community. Apa yang paling terkesan ialah trip mereka ni makanan paling sedap acik pernah rasa kat puncak sepanjang pendakian dari 2017-2021 :p Serius masakan tu yang buat acik boleh ingat hingga ke hari ni haha

Kebanyakan peserta trip ni acik tak kenal. Hanya Kak Ari dan Eyt kenalan hiking. Jadi ambil masa sikit nak masuk tambahan ni adalah camping pertama selepas berbelas tahun tak camping.
Trek gunung liang ni permulaan melalui kawasan kampung. Starting point (titik mula) bermula dari Kampung Sungai Dara. Koordinat N3.79829 E101.52099. Kami park kereta area situ. Kemudian masuk kawasan hutan berdekatan tangki air. Sedikit informasi tentang Gunung Liang, jarak perjalanan pergi dan balik lebih kurang 19 kilometer dan tinggi 1933 meter bersamaan 6343 kaki dari aras laut.
Gunung Liang mempunyai dua puncak Liang Barat dan Liang Timur.

Pendakian bermula 200 meter dari aras laut dan ada 2 checkpoint sebelum sampai ke puncak. Kem Lubuk Antu checkpoint pertama dan keduanya kem 7E checkpoint kedua.
Perjalanan dari starting point ke checkpoint pertama (kem Lubok Antu) lebih kurang 4 Km. Perjalanan agak santai walaupun anak menaik. Apapun masih di kira okay. Tak de la azab sangat.
Lubuk Antu ni water point pertama dan sesuai dijadikan tempat perkhemahan disebabkan ruang yang lebih luas dan rata berbanding checkpoint ke-2(kem 7E) serta terdapat sungai di tepi kem. Perjalanan kami ke sini mengambil masa hampir 2 jam (maklum pace siput). Kami kemudian camping di sini. Mandi, makan dan berehat sebelum mulakan pendakian ke puncak.


Di kem ni banyak pula lebah. Puas kami mengibas-ngibas. Dugaan ber camping. Sabar sajalah 🙂 Kami kemudiannya bergerak jam 2 pagi. Perjalanan daripada Kem Lubuk Antu dimulakan dengan melintas sungai di hadapan Kem Lubuk Antu dan di sinilah cabaran bermula. Elivasi untuk ke Kem 7E lebih kurang 800meter dengan jarak lebih kurang 3.5km. Sepanjang perjalanan tu macam-macam bunyi ada. Abaikan. Banyakkan berdoa mohon dilindungi. Niat baik pasti dipermudahkan. Insyallah. Alhamdulilah, akhirnya kami sampai ke kem 7E. Treknya bagaimana? sangat lazat huhu. Mujur tak putus asa je.
Kem 7e ni ada water point terakhir, sebelah kiri dan kena menurun ke bawah sikit. Air bersih dari atas gunung. Perjalanan nak ke Kem 7E lebih kurang 3 jam. Kami berhenti solat subuh dan jamah makanan sebelum memulakan pendakian.
Disinilah cabaran paling getir terutama newbie macam acik yang pertama kali mendaki untuk ketinggian lebih 1500M. Batuan besar dan akar kayu berselirat. Allahu. Allah juga sebaik-baik penolong untuk kuatkan hati teruskan pendakian.
Alhamdulilah, akhirnya penat lelah hilang bila disajikan dengan pemandangan mossy yang indah. Subhanallah. Cantik!



Terasa berbaloi diserang lebah, merangkak mendaki bongkah batu, turun ke bawah hanya untuk mengisi bekalan air. Semua penat lelah tu terbayar apabila sampai ke puncak. Mossy liang cantik, indah, segar dan antara mossy cantik di sepanjang pendakian acik tempuh sejak 2017.
Selesai rehat dan dan bergambar di Liang Barat kami berpatah balik ke kem Lubuk Antu. Bersiap, packing barang dan turun. Kami sampai ke starting point tepat jam 7pm, sebelum gelap. Alhamdulilah.
Jika naik ke sini pastikan stamina bagus. Insyallah dipermudahkan. Jumpa lagi di post yang lain. Terima kasih sudi singgah blog acik lin. Jika ada persoalan, tinggalkan je mesej di ruangan komen. Insyallah nanti acik datang melawat blog kalian 🙂
