Nama Gunung :

Gunung Gap – Ulu Tranum -Ulu Semangkok

Tarikh : 22/09/2018

Starting point berdekatan dengan GAP Rest House yang dah terbiar kosong sebelum simpang nak naik ke Fraser Hill.

Awal-awal trekking agak pacak. Sesekali ada jugak jumpa trek landai. Seingat acik, kami mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke Gunung Gap. Trek ke Ulu Semangkuk agak jauh sikit dan boleh dikatakan sentiasa pacak.

Bergambar di signboard Gunung Gap. Kat sini pun dah mula rasa pewai. Bergambar dengan anak Nik. Bukan main laju dia, berdesup hilang haha

Menyaksikan pemandangan di Gunung Ulu Tranum. Menghijau.
Trek berakar. Acik suka trek begini. Jadi layan sajalah

Oleh kerana pace acik lin agak slow, jadi tidak terasa penat sangat. Pit stop di puncak Ulu Tranum. Dari sini boleh nampak view gunung ganang. Cantik untuk bergambar.

Kami mengambil masa hampir dua jam sebelum sampai ke gunung Ulu Semangkuk. Naik turun juga la sebelum ke puncak Ulu Semangkuk ni.  Ada bahagian batu kena memanjat sikit. Sampai sahaja kawasan beirut, masing-masing dah mula berehat dan makan. Acik dah tak sabar nak layan view dan bergambar. Cuaca pun elok dan cerah. 

Lukisan alam. Cantik kan? Bergambar di dahan kayu. Dapat info kayu ni dah di potong. Tujuan keselamatan mungkin.

Inilah team kami. Nik dan anak perempuan, Kak Mimi, suami dan anak lelaki beliau serta Kak Ita dan suami. Alhamdulilah misi berjaya. Dalam hati menyumpah. Penipu betul member yang cakap gunung ni santai. Bergegar lutut acik lin. Mujur view superb! Tak jadi nak marah haha