GUNUNG DATUK

Ketinggian : 884m

Tarikh : 05/08/2018

Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 884 meter (2,900.26 kaki). Titik permulaan pendakian adalah tidak kurang daripada 80m dari paras laut. Masa yang diambil untuk sampai kepuncak Gunung Datuk selama 2 jam.

Gunung Datuk mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Ia merupakan sebuah gunung yang sering menjadi destinasi pendaki gunung. Bersama dengan Gunung Tampin, Gunung Datuk adalah salah satu dua gunung di penghujung banjaran Titiwangsa.[1] 

Acik dan sahabat hiking telah lama merancang untuk ke Gunung Datuk. Setelah berbincang sepakat memilh tarikh 5/8/2018 untuk mendaki ke sini. Kami berkumpul di RNR, lepak minum dan berbual.

Selepas itu bergerak ke kaki gunung datuk. Acik, Lisa dan Ida naik 1 kereta dan yang lain bergerak dengan kenderaan masing-masing. Kami kenal sejak Trip Broga. Waktu tu pertama kali kenal.

Sebelum memulakan pendakian, terlebih dulu mendaftar di pondok Jabatan Perhutanan dan bayar permit kebenaran mendaki RM5 setiap orang.

Bersiap sedia dengan headlamp masing-masing.

Pendakian bermula dengan trek yang agak pacak, berbatu-batu dan mencabar. Kami juga perlu berhati-hati mendaki kerana laluannya adalah batu keras yang boleh mendatangkan kecederaan jika tersilap langkah. Sebelum sampai puncak. ada bahagian akar berselirat. Bila dah mula rasa pewai, kami berhenti kejap. Rehat dan kemudian meneruskan perjalanan naik.

Perjalanan naik hampir 2jam. Acik lin kongsikan gambar kami di puncak. Di bawah ni puncak pertama. Tidak ada view, cuma ada tempat berteduh dan berehat.

Ada kalangan sahabat yang bawa makanan. Makan sambil berbual. Meriah!

Kami kemudian naik ke bahagian atas dengan tangga besi. Mujur ada tangga ni. Kalau tidak, seksa juga nak memanjat batuan ni. Tangga ni di bina sekitar tahun 2017/2018.

 

Bila lama tak jumpa, penyakit gila-gila tu datang la hihi

Kebetulan hari mendaki tu hari Anniversary. Beli jiwa en suami hihi. Balik dari mendaki tu kami raikan dengan makan-makan bersama anak-anak.

Tidak jauh dari puncak Gunung Datuk adalah simpang Y untuk ke Gunung Gagak dan Rembau dan juga untuk mejalankan ekspedisi merentas hutan ke Bukit Tampin yang mengambil masa hampir satu hari. Bagi acik lin, trek Gunung Datuk ni bagus untuk training. Pastikan anda mendaki ketika cuaca baik. Jika hujan, hati-hati ketika memijak batuan yang agak licin. Datanglah ke Gunung Datuk. Berbaloi layan view dari puncak!