GUNUNG ANGSI
Ketinggian : 825M
Tarikh : 31/01/2018
Gunung Angsi ini dengan ketinggian 825m, terletak di Negeri Sembilan. Ia juga dikatakan sebagai gunung yang ke-241 tertinggi di Malaysia Terdapat dua trail yang biasa pendaki gunakan, iaitu melalui Taman Reakreasi Ulu Bendul dan juga melalui Bukit Putus.
Gunung Angsi sesuai untuk bersantai bersama keluarga kerana ia tidak begitu hardcore namun tetap mencabar.
Kami berhajat untuk naik melalui Ulu Bendul. Aktiviti ini dianjurkan oleh Outdoor Sempoi Team (OST). Berkumpul di Kedai makan area Taman Reakreasi Ulu Bendul. Sarapan pagi di sana.
Lebih kurang jam 8 am selepas taklimat ringkas pendakian, kami mula mendaki. Permulaan mendaki sekitar 30-40 minit dalam 2km trek agak pacak, kemudian barulah laluan sedikit santai sebelum ke puncak. Pendakian Gunung Angsi ini mudah kerana trek nya yang jelas dan ia tidaklah terlalu pacak seperti Gunung Datuk.
Kebetulan waktu naik tu baru lepas hujan. Trek agak berselut. Redah sajalah.
Kasut pun bukan main cantik haha
Kami sampai puncak setelah hampir 3 jam mendaki. Waktu turun tu ambil masa sekitar 2 jam setengah.
Alhamdulilah pendakian naik dan turun lancar. Kami turun dan singgah makan sebelum bergerak pulang.
Bagi acik lin, trek Angsi ni masih kategori okay. Insyallah ada rezeki nak naik melalui Bukit Putus pula 🙂
