Nama Bukit : Bukit Larut
Ketinggian : 1036m
Tarikh : 25/03/2018
Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak, dengan ketinggian 1,200 m [1], [2]. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.

Ada dua laluan. Hutan dan laluan bertar. Kami memilih laluan bertar dan sesekali masuk ke laluan hutan. Oleh kerana tidak biasa dengan laluan bertar yang mencanak, balik tu mula terasa sakit di bahagian kuku. Dengan ketinggian 1036M, jangan pandang rendah nama ‘bukit’ tu ye. Bukit bukan sebarang bukit.
Niat hati nak lajak ke Gunung Hijau. Tetapi dinasihatkan seorang pendaki agar datang kemudian. Katanya laluan tu banyak nyamuk hijau dan jarang di masuki pendaki. Jadi kami membatalkan niat kami yang tulus ikhlas tu haha
Maaf tidak banyak gambar dapat di kongsi memandangkan hp kami kehabisan bateri. Tumpang cas bateri di kedai makan sambil lepak minum. Menghirup udara segar di atas puncak. Malangnya bateri tak masuk hahaha.
Insyallah nak repeat ke Gunung Hijau dengan land rover hingga ke puncak. Kemudian mendaki ke Gunung Hijau.
Pengunjung yang ingin ke puncak dengan menaiki land rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit akan dikenakan tambang RM10 bagi dewasa dan RM5 (kanak-kanak bawah 10 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit.
Jadual perjalanan Land Rover: antara 8 pagi hingga 5 petang (satu perjalanan bagi setiap jam naik dan turun). Kapasiti land rover : 8 orang dewasa. Maklumat dan tempahan penginapan boleh diperolehi dengan menghubungi Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut di talian 05-8077241/243
Selamat Mendaki! 🙂
