Nama Bukit : Bukit Kledang
Ketinggian : 800m
Tarikh : 23/06/2018
Kami dari #HikersFamily berpakat untuk mendaki Bukit Kledang. Acik dan dua adik perempuan serta seorang sepupu lelaki bergerak dari Taiping ke Ipoh untuk misi ini. Terdapat satu menara pemancar stesyen RTM di puncak Bukit Kledang. Pengunjung yang ingin mendaki boleh memilih salah satu dari 4 laluan mendaki ke puncak.
Kami memilih laluan bertangga. Biasanya ramai pendaki naik pada hujung minggu. Kami menegur seorang auntie berbangsa cina. Beliau menunjukkan arah untuk mendaki.
Trek amat jelas. Kami mengambil masa lebih kurang sejam lebih untuk sampai ke puncak.
Kami berehat seketika di pondok beratap dan meneruskan pendakian ke puncak. Dari bahagian ni boleh nampak dengan jelas kawasan perumahan di kaki Bukit dan kawasan sekitarnya. Tidak perlu mendaki sampai ke puncak untuk menikmati pemandangan ini tetapi cukup pada ketinggian 250 meter boleh nampak dengan jelas Bandaraya Ipoh.
Selepas seisi bergambar di puncak, kami terus turun memandangkan hujan rintik mula turun.

Sewaktu turun terserempak pula dengan seorang uncle berbangsa cina. Beliau berpatah balik untuk menunjukkan arah keluar, bimbang kami tersesat . Tq uncle !
Trek Kledang sangat bagus untuk training. Tidak perlu bimbang jika anda tiada teman untuk berjalan dan beriadah. Ada sahaja kumpulan pejalan kaki tidak mengira usia membuat pendakian terutama di waktu awal pagi. Follow je mereka, insyallah tak sesat jalan 🙂
Selesai saja mendaki kami bergegas ke Lumut untuk menawan Bukit Ungku Busu.
