KALAU HARGA EMAS NAIK, KENAPA?

Apabila harga emas naik, tak kurang yang memanjatkan syukur. Tak kurang yang seronok. Tak kurang yang berasa gembira.

Siapakah mereka ini?

Mereka yang sudah miliki simpanan emas.

Mana tidaknya, jika emas dimiliki mereka 100 gram sebelum ini bernilai 20 ribu, kini 100 gram emas sudah bernilai 27 ribu. Kenaikan 7 ribu.

Emas ni macam rumah juga.

Tahun 2010, sebuah rumah berharga 250 ribu.
Tahun 2021, rumah yang sama kini bernilai 500 ribu.

Harga vs nilai

Nak senang faham,

Harga adalah masa kita beli, harga dibayar (masa dan ketika itu).

Nilai/ value adalah pada masa yang akan datang (masa dan ketika dinilai mengikut nilaian matawang semasa).

Adakah nilai emas makin meningkat?
Adakah emas akan bertambah nilai?

Jangka masa panjang, harga emas naik.

Jika dulu 1 gram RM40, sekarang 1 gram RM270.

Apakah maknanya?

Gram emas sama, tapi harga emas meningkat.

Jadi nilai emas pun meningkat.

Siapa ada 1 kilogram hari ini, emasnya bernilai 270 ribu. Sudah pun harga sebuah rumah.

Ini belum lagi dikira NILAI ESTETIKA pada emas itu, contohnya keunikan emas, ukiran pada emas, kad emas yang istimewa, edisi yang terhad (keluaran tertentu), nombor siri unik dan sebagainya. Ini turut menambah nilai emas, mengikut ukuran manusia.

Hakikatnya, emas tetap emas, hatta habuk emas masih bernilai.

Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.

“Save gold today, It will save you tomorrow”

Perkongsian info dari Master Dealer, Nur Zulaikha