BAGAIMANA TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD JIKA BERLAKU KEMATIAN?
Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:
✅ Sijil Kematian
✅ Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)
✅ Salinan IC pewaris
✅ Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak).
Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.
Jika si mati mempunyai ongoing Easy Payment Purchase (EPP), waris boleh juga buat tuntutan.
Waris boleh pilih antara 2:
(a) jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% processing fee atau
(b) waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.
* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad.
Selain itu, pernah dikongsi oleh pengurusan Public Gold;
Cara Menuntut Emas GAP Milik Si Mati
Apabila pemilik akaun GAP meninggal dunia, warisnya boleh melakukan tuntutan di cawangan Public Gold. Bagaimana caranya? Hanya perlu bawa (1) Sijil Kematian dan; (2) Surat Mahkamah
Penjelasan Surat Mahkamah oleh staff Public Gold :
Biasanya jika waris nak buat tuntutan harta si mati, memang wajib melalui proses mahkamah. Maksudnya semua waris kena sign borang yang bersetuju lantik wakil mereka untuk uruskan dan nanti harta tu akan declared dalam surat kebenaran tu. Kemudian akan ikut kiraan faraid.
Sebelum waris pergi mahkamah, dia kena periksa dulu dengan pihak Public Gold jumlah aset/simpanan si mati di Public Gold. Ini kerana semua detail tu perlu di isi dan ditulis dalam surat mahkamah.
Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.
“Save gold today, It will save you tomorrow”
