[Last update : 08.06.2021] Di Public Gold, pembelian goldbar ataupun dinar tiada kos upah (workmanship cost) tetapi digantikan dengan caj Gold Premium.
Gold Premium pada awalnya dipanggil transportation cost iaitu caj pengangkutan dari kilang ke cawangan Public Gold bersama perlindungan insuran.
Transportation cost dalam satu invois pembelian Public Gold tahun 2011
Sekarang ia dikenali sebagai Gold Premium. Gold Premium berbeza mengikut berat dan item.
Jadual Gold Premium Public Gold bermula 1 Ogos 2017 sehingga kini
Bagaimana kiraan Gold Premium dalam pembelian
emas Public Gold?
Harga PG Sell yang dipaparkan di website Public Gold adalah harga semasa yang belum ditambah dengan Gold Premium.
Harga emas Public Gold PG Sell – harga yang Public Gold jual kepada pelanggan, ia belum ditambah dengan Gold Premium.
Sebagai contoh, saya nak beli 1ogram BungaMas yang harganya adalah RM2,724. Bila ditambah dengan Gold Premium untuk Semenanjung Malaysia RM15, harga yang perlu bayar untuk 1 keping 10gram BungaMas ialah RM2,739.
Bila anda klik di tulisan 10gram BungaMas, akan keluar gambar 10gram BungaMas bersama dengan harga dan Gold Premium. Rujuk gambar di bawah
Gold Premium adalah wajib kena bayar. Jika anda nak keluarkan emas daripada Akaun GAP, Gold Premium kena bayar di cawangan Public Gold semasa proses pengeluaran. Tetapi Gold Premium untuk item yang limited edition biasanya sikit berbeza daripada jadual di atas.
EPP Premium
EPP Premium adalah caj tambahan kepada Gold Premium jika anda buat pembelian emas Public Gold secara Easy Payment Plan (EPP) dengan 4 atau 10 kali bayaran. Caj nya adalah seperti berikut:
Dalam kotak biru itu adalah EPP Premium yang perlu ditambah jika buat pembelian secara EPP.
Walaupun produk emas Public Gold di kenakan gold premium , harganya masih rendah di pasaran berbanding tempat lain.
Soalan: Adalah Gold Premium masih perlu dibayar sekiranya pelanggan guna servis Gold In Transit (GIT)?
Jawapan: Ya, Gold Premium dan Caj GIT adalah berbeza dan pelanggan kena bayar Gold Premium dan Caj GIT berasingan.
Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.
“Save gold today, It will save you tomorrow”
