Nama Tempat :

Premium Tower Room, Lexis Port Dickson

Tarikh : 08/08/2020

Percutian pendek ke Port Dickson sempena Anniversary acik lin dan suami pada 5/8. Birthday kami pula selang seminggu 29/7 & 7/8. Maka kami sambut sekaligus lah, senang cerita. Acik lin pun survey pakej menarik yang ada di fb. Sebelum ni kami pernah bercuti di Grand Lexis PD & Penang. Oleh kerana berpuas hati dengan tempat ni, kami plan menginap tempat yang sama tetapi jenis bilik yang berbeza. Ketika tu, kes covid belum reda. Kami memilih apartment yang ada jazuki (kolam renang awam tak dibuka) dan balcony supaya dapat layan view dari atas. Biasanya rate Premium Tower Room ni RM300 ke atas. Time promo ni kami hanya bayar RM200. 

Boleh survey promo di pages GRAND LEXIS PORT DICKSON

Check in sekitar jam 3.30 petang. Anak-anak dah teruja nak mandi jakuzi.

Acik lin lupa nak ambil gambar keseluruhan ruang bilik. Ni acik share  sumber gambar dari google. Jazuki dan 2 katil size queen dan balcony menghadap laut.

Belum apa-apa budak-budak ni dah landing atas tilam haha. Faatih sakan melompat kat atas katil tu. Patung tu diaorg paw abah. Katanya Teha nak. Iyelah tuuuu…..

Petang tu layan matahari terbenam dari balcony dan tepi jendela. Cantik!
Tak lama tu apa lagi. Pakat berendam. Kecut abis jari-jari tu pun tak nak keluar dari Jakuzi.
Malam tu kami dinner Oden je. Anak-anak pun tak nak keluar nak melepak dalam bilik.
Pagi esoknya abah keluar tapaw sarapan. Anak-anak repeat berkubang dalam jazuki. Tibalah masa nak check out. Dak Teha mengamuk tak nak balik. Dia ingat hotel ni pak dia punya haha. Mama kelam kabut  tak perasan kasut pun dah terbalik haha

Baju kuning tu muka tak rela nak balik :p

Hmmm…no komen

Selesai urusan check out kami cari tempat makan famous kat sini. Waze PD Famous Cendol Power. Macam-macam gerai makan ada kat sini. SOP ketat juga la. Kena check suhu, sanitize sebelum masuk dan ada had pengunjung untuk satu-satu masa.

Kemudian pusing-pusing bandar PD dan bergerak balik Rawang. Kami ni dah biasa short vacant. Tak suka jalan lama-lama ni bukan apa, makan modal hahaha. Jadilah, nak gembirakan anak-anak. Bonding time gituuuu.
Mohon pembaca semua doakan kebahagian kami hingga ke jannah ye
Jumpa lagi di post yang lain. Tq sudi singgah blog acik lin 🙂