Nama Tempat :
Pekan Batu Arang
Tarikh : Jun 2021
Batu Arang dahulunya merupakan Bandar perlombongan arang batu di Selangor, Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua hingga tahun 1960-an. Di Bandar Warisan ini, pelawat boleh melihat tinggalan aktiviti perlombongan batu arang seperti terowong, serombong api dan sebagainya.
Wikipedia,
Batu Arang ialah sebuah bandar di Daerah Gombak, Selangor, Malaysia, yang terletak sekitar 50 km (31 mi) dari ibu kota Kuala Lumpur. Arang batu pertama kali ditemukan di wilayah ini pada tahun 1908, ketika pihak berkuasa Inggris menemukan simpanan simpanan arang batu yang besar yang dapat digunakan secara komersial dan menjadi bahan bakar sistem kereta api. Bandar ini ditubuhkan ketika British memulakan operasi perlombongan. Pada tahun 1915, sistem kereta api yang menghubungkan Batu Arang dan Kuang dibina untuk mengangkut arang batu ke seluruh negara. Seiring peningkatan dan permintaan arang batu, perkhidmatan kereta api ke dan dari Kuala Lumpur berkembang. Permintaan arang batu dari Batu Arang melambung tinggi kerana Perang Dunia Pertama, yang menyebabkan pengurangan import arang batu. Arang batu tempatan sering dijual kepada syarikat kereta api, stesen janakuasa, lombong bijih timah, kapal keruk, dan pelanggan akhir
Setelah penutupan lombong, banyak pelombong dan pekerja berpindah ke luar bandar dan banyak bangunan menjadi runtuhan, lombong arang batu dipenuhi dengan air, tanah menghadapi hakisan tanah, dan landasan keretapi dari Kuang dibongkar, perkhidmatan kereta api berakhir dengan berkesan di Batu Arang. Walaupun demikian, beberapa penduduk tetap berada di bandar dan kedai, kemudahan, dan kemudahan terus beroperasi.
Pada 16 Oktober 2011, bandar ini meraikan 100 tahun sejak penubuhannya dan diberi status bandar warisan untuk meningkatkan prospek ekonomi penduduknya dan menjadikannya salah satu tarikan pelancongan terpenting di Selangor.
Acik lin teruja ingin mengetahui tinggalan sejarah yang masih ada di sini. Memandangkan ia tidak jauh dari rumah, acik ajak suami ke sini. Pekan kecil dengan bangunan lama.
Tugu simbolik batu arang berdiri megah di tengah-tengah bulatan yang menghubungkan Jalan Pekan, Jalan Tenaga serta Jalan Albert Ferelum. Tugu berwarna hitam dan putih yang dikelilingi 18 batu bulat itu menggambarkan keagungan yang pernah dinikmati penduduk setempat pada ketika itu.
Berhadapan Tugu ni terletaknya deretan kedai lama. Kebanyakan rumah jenis lama dan menggunakan batu bata merah. Di tengah pekan ada deretan kedai berstruktur kayu dan batu.
Di sini ada port untuk bergambar. Bolehlah bergambar kenang-kenangan.
Map menunjukkan tempat bersejarah di Batu Arang. Kami kemudiannya pusing sekitar bandar. Oleh kerana hujan, kami sekadar melihat dan merakam mana yang sempat.
Sewaktu acik sampai area Kilang batu-bata, acik dapat rasakan suasana yang amat menyeramkan. Suami sempat mengusik, bagus tempat ni buat paranormal. Waktu tu belum tahu lagi kisah mistik tempat ni. Dari sedikit pengalaman masuk hutan, bila terpandang je kawasan ni dapat rasakan perasaan gerun, suram dan sedih. Tambahan nampak pula ada pokok besar dari celahan batu tu. Lain macam rasanya. Bila balik acik buat carian mengenai kilang ni dan terjumpa beberapa info berkaitan perkara mistik di sini. Bolehlah buat carian video paranormal di youtube.
Kilang batu-bata Brik Klin yang berusia hampir 100 tahun dan terletak berhampiran pusingan bulatan dalam pekan ini dikatakan menyimpan pelbagai cerita misteri dan segelintir penduduk pernah mengalami gangguan atau kejadian misteri.
Boleh baca KISAH LANJUT DI SINI >> BERITA HARIAN
Kami kemudian menemui pula Bangunan Corong Udara/Pusat Komuniti KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara). Bangunan ini diperbuat dari batu bata merah dan kelihatan tidak di selenggara dengan baik.
Bangunan gereja lama, Chapel of St. Michael, Batu Arang
Pejabat Pos Batu Arang. Bangunan kayu dua tingkat itu masih kekal dengan ciri binaan lama dan sehingga kini, tidak diganti dengan binaan konkrit kerana dipercayai dibina di atas lombong bawah tanah.
Dari pemerhatian, Pekan Batu Arang masih mengekalkan Struktur pembina di zaman peneroka Arang Batu. Ini jelas dilihat dari struktur binaan lama yang masih kekal hingga kini. Gambar dibawah merupakan salah satu rumah single storey di Batu Arang.
Dari carian google, banyak juga aktiviti berbasikal di sini. Mungkin pekan ni lebih privacy. Kurang sibuk dan laluan masuk kawasan hutan. Jika dari Pekan Rawang, kita akan melalui jalan yang agak sunyi dan banyak monyet berkeliaran ditepi jalan. Begitu juga sigboard agar berhati-hati kerana laluan Tapir melintas.
Jika anda tinggal berdekatan di sini, bolehlah datang untuk melihat sendiri peninggalan sejarah yang masih ada di Batu Arang. Tidak ada yang baru jika tiada yang lama. Jumpa lagi 🙂
